Ahaaa!!
PROTON akan kembali dengan model serba baharu tahun hadapan!! Yaa tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Suku pertama 2014, bakal menyaksikan sebuah model kompak keluaran PROTON. Bersempena dengan model terbaharu tersebut, pihak pengurusan PROTON telah menganjurkan satu peraduan menamakan model tersebut! Tempoh peraduan selama sebulan bermula hari ini dan menawarkan hadiah-hadiah lumayan sehingga RM120,000. Termasuklah hadiah utama sebuah kereta kompak terbaharu proton!
Apa lagi, ini lah peluang nak menang kereta secara percuma. Hantarlah seberapa banyak penyertaan sekalipun. Tak dapat kereta, HTC One pun ok apa? hahaha
Yang pastinya, kereta ini direka untuk menepati kehendak EURO NCAP 5 bintang. Kerangka yang diperkuatkan dengan teknologi hot press forming (seperti Preve), dan dilengkapi banyak ciri-ciri terbaru yang belum ada pada model PROTON sebelum ini. Memang dasat!
Apa lagi? Jom kita bagi nama!!
Hadiah-hadiah lumayan ditawarkan |
0 feedbacks:
Post a Comment
Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan