Showing posts with label Rakyat Johor. Show all posts
Showing posts with label Rakyat Johor. Show all posts

Thursday, August 5, 2010

Tak Ambil Iktibar Kisah Lalu, Sekarang Giliran Nor Azita Pula?


Dah lama tak ada isu panas dengan Facebook. Well, sort of. Mungkin banyak berlaku, tapi isunya tak hangat. Mostly isu artis dan artis dan..artis. Sejak kes Mohamad Tasyrif, kes benci Terjah!, kes Ammar dan macam-macam lagi.

Hari ini aku tengok di wall Facebook aku, ramai kawan-kawan aku especially yang berasal dari Johor join satu page yang mahu banned seorang insan bernama Nor Azita Osman. Aih, artis ke? Lalu aku pun siasat, kenapa sampai ada "Hate Page" di Facebook, dan sudah ada lebih 4,500 fans. Ramai tu! Mesti ada sesuatu yang tak kena.



Rupanya kes lama berulang lagi. Disebabkan statement menghina negeri Johor dalam facebooknya, telah menimbulkan rasa marah dikalangan rakyat Johor. Apatah lagi dalam statement-statement itu ada tertulis tentang Sultan Johor. Memang silap besar tu. Nak tahu lebih lanjut..apa yang lanjut..? (eh macam Johan Raja Lawak pulak)..boleh tengok sendiri di page ini.

p/s : kenapalah kita suka sangat bikin kontroversi. tak fikir ke kesan daripada kenyataan sebegitu? sebelum tekan enter comment, why not kita cuba baca balik..lawak mungkin pada kita, tapi orang lain bagaimana?? Dah la dekat-dekat nak puasa ni.. Seems that all this started just because of Famous Amos Cookies? OMG..how childish is that??

Sessi soal jawab di FormSpring FTN!

Monday, January 25, 2010

Kerana Mulut Badan Binasa, Kerana Blog Pun Badan Binasa


screenshot sebagai bukti
klik untuk imej besar
(credit kepada blogger yang print screen)


Sejak dua hari ini, seorang lagi blogger bakal berdepan dengan masalah apabila salah satu posting dalam blognya menjadi sasaran rakyat Malaysia terutamanya warga Johor. Ini adalah contoh apabila kebebasan bersuara disalahgunakan. Lebih-lebih lagi dalam dunia siber yang tanpa sempadan, apa yang kita catatkan menjadi bacaan jutaan(billion kut) pengguna web di seluruh dunia.

Kebelakangan ini juga terdapat beberapa orang yang sudah didakwa akibat 'kenakalan' di laman web. Lawak ada batasnya, dan ada juga caranya. Apabila melibatkan sensitiviti orang lain, sudah pasti akan menimbulkan masalah.

Fikir-fikirlah sebelum menekan butang post. Sebelum menulis status di Facebook, Twitter, Blog atau sebagainya. Walau apa pun niat kita, pastikan kita fikir dulu akibatnya. Kalau nak "syok" sendiri, lebih baik tulis diari saja.

Apabila kita bersalah dengan individu, cepat-cepat minta maaf. InsyaAllah diterima kalau kita ikhlas. Tapi apabila kita menghamburkan kata-kata tak sopan terutamanya kepada orang yang sudah tiada, kemudian menimbulkan kemarahan kepada berjuta-juta orang, memohon maaf di blog rasanya tidak cukup. Mungkin mengambil masa untuk semua terima kemaafan kamu. Apatah lagi di saat ini semua masih berkabung dengan kemangkatan Almarhum Sultan Johor. Kita tengok sajalah tindakan pihak berkuasa seterusnya.

Apapun, berhati-hatilah ketika blogging. Bukan bermakna kita hiprokrit, tapi berbahasalah dengan sopan dan beradab.

to AdukaTaruna whatever your intention is (jadi popular?), get ready to face the music. "Nasi sudah menjadi Bubur!"


Agaknya, lepas ni akan jadi tabiat di kalangan blogger...
1. Tulis posting 'panas'
2. Delete post bila menjadi isu
3. Tulis permohonan maaf
4. Ulang kembali 1-3

Apakata cuba praktikkan...
1. Fikir sebelum post perkara 'panas'
2. Delete sekiranya tidak sesuai...SEBELUM tekan POST!
3. Hidup seperti biasa dengan tenang.
4. Ulang kembali 1-3

Related Posts with Thumbnails