Showing posts with label Kilang Daibochi. Show all posts
Showing posts with label Kilang Daibochi. Show all posts

Monday, August 16, 2010

Pasangan Muda Mengaku Buang Bayi di Melaka

Nampaknya salah satu daripada kes buang bayi minggu lepas yang berlaku di Ayer Keroh Melaka menemui penyelesaian apabila sepasang kekasih muda (tak berkahwin) mengaku membuang bayi perempuan itu. Tak sangka pasangan berumur 18 dan 17 tahun itu sanggup membuang bayi.

Aku tak pasti pula sama ada bayi malang itu masih hidup atau tidak, tetapi melihat kepada petikan akhbar menyatakan pasangan terbabit bakal berhadapan hukuman penjara 7 tahun dan denda. Semoga mereka berdua insaf dan tidak lagi membuat perbuatan yang sia-sia.
MELAKA 16 Ogos – Sepasang kekasih yang bekerja di sebuah kilang di sini, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Melaka hari ini atas tuduhan membuang bayi perempuan di kawasan Kilang Daibochi di Ayer Keroh di sini pada pagi Rabu lepas.

Mohd. Zolhalmi Khamis, 18, dari Felda Jelai, Gemas, Negeri Sembilan dan pasangannya, seorang remaja berusia 17 tahun 10 bulan, juga beralamat yang sama, dituduh bersama-sama membuang bayi itu kira-kira 1 pagi pada 11 Ogos lepas.

SOURCE : Utusan Malaysia
Sessi soal jawab di FormSpring FTN!

Related Posts with Thumbnails