Showing posts with label Adidas Action 3. Show all posts
Showing posts with label Adidas Action 3. Show all posts

Thursday, May 20, 2010

Football = Adidas?


the world's leading brand

Bila sebut Adidas, semua orang pasti akan ingat bola sepak. Dan bila ingat bola sepak sudah pasti terbayang kejohanan FIFA Piala Dunia 2010 yang bakal berlansung di Afrika Selatan tak lama lagi. Bola sepak dan Adidas memang sinonim tau.

Pasukan kegemaran aku ditaja oleh Adidas. Tambah pula Adidas ialah jenama yang berasal dari negara Germany! (Pasti Menang!) Baju-baju sukan aku pun kebanyakannya pun berjenama Adidas (sudah tentu sebab kebanyakkan jersey pasukan kegemaran). Kasut futsal pertama aku pun berjenama Adidas. Adidas memang ada kelas tersendiri. Bila pakai jenama Adidas, terasa aura bola sepak pun sampai. Bila main futsal terasa seperti pemain yang hebat, walaupun sepak tonjol belaka. Janji bergaya. Kadang-kadang terasa macam Lukas Podolski pula.

Mr. Jabulani - 2010 World Cup official ball

Jangan lupa Adidas banyak memainkan peranan penting dalam penajaan temasya bola sepak paling hebat di dunia iaitu FIFA World Cup. Bola rasmi Piala Dunia, Jabulani juga dari Adidas. Pendek kata, kalaulah Adidas tiada, maka tiadalah temasya Bola Sepak hebat itu. Jadi apa aku nak tengok bulan Jun kalau World Cup tiada. Oh, jadi Adidas kena sentiasa ada! Tapi sebelum Piala Dunia bermula, tolong baca ini sebagai persediaan mental.

Jadi terbuktilah Football = Adidas. Tengok saja berapa kali aku tulis perkataan Adidas dalam entri ini. Gila banyak kan?. Maknanya jelas dan nyata bahawa Adidas sangat sinonim dengan bola sepak. Apa lagi, jom beli baju pasukan Germany yang terbaru. Pastinya yang original dari Adidas. Go Deutschland go!!


Project Alpha is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS. 
The Project Alpha bloggers will be at the Adidas Pure Game Ole KO 
event on Friday (May 21), from 7.30pm-8.30pm. Catch them in action!

Sambil-sambil pilih baju Adidas, mari tengok episod 29 hingga 32 project alpha season 2!




Wednesday, April 21, 2010

My Version of Grooming Tips

Ini sangat penting. Entri ini sangat penting. Kerana dalam entri ini, aku akan berkongsi satu rahsia peribadi. Lebih rahsia dari rahsia kecantikan Siti Nurhaliza dan SimplySitinya. Kerana tips ini tidak pernah dicatatkan dalam mana-mana laman web, penerbitan buku malah blog juga. Ini kali pertama dibongkarkan.
(warning : ini entry nak masuk contest)

Ini versi aku. Tips-tips menghias diri sendiri. Versi FTN. Baca dengan berhati-hati dan jangan amalkan lansung. Kerana tips-tips yang bakal dikongsi ini belum disahkan oleh WHO. Kita akan periksa satu persatu tips.

Tips #1 : Botakkan Kepala
- Jimat masa
- Tak perlu beli sikat, minyak rambut
- Tak perlu beli cermin
- No one will notice your gray hair, because you have none!

Go Bald Go! 

Tips #2 : Spray Perfume atau Deodorant
- Hilangkan bau mashem badan
- Feel fresh!
- Awek sangkut

Tengok, dia botak dan spray perfume!



Perfume, bukan Febreeze OK?

Tips #3 : Use Aftershave! (A Must for Men)
Okay, okay. Let's get serious. Tips yang sebenar-benarnya aku amalkan ialah pastikan aku menggunakan aftershave setiap kali selepas shaving. Sebabnya, ia dapat menghapuskan bakteria di muka dan menghilangkan kotoran. Dengan aftershave, kita boleh elakkan rashes daripada muncul. Lebih-lebih lagi kalau ada yang end up berdarah lepas shave. Aftershave akan bertindak mengelakkan bendarahan berlebihan. Biasanya aftershave mengandungi natural healing agent seperti aloe yang baik untuk kulit.



Tips #4 : Try Adidas Action 3!!
Cubalah, pasti terasa segar seperti David Beckham!
Dengan 24-jam anti-perspiration protection, serta anti-whitening untuk mengurangkan tompok putih pada pakaian anda. 0% alkohol. Serta penyerapan lembapan extra. Ini satu tips yang aku rasa semua patut cuba.

Adidas Action 3 ya'll!!

Sambil-sambil cuba tips, mari tonton episod-episod Project Alpha Season 2 (ep1-3) :




Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.

Thursday, April 15, 2010

No Strings Attached

Kegilaan zaman remaja..babababai

Ini bukan entri review album lagu kumpulan N-Sync yang ada Justin Timberlake Sexy Back itu. Ini adalah entri mengenai kemajuan teknologi. Yes! T-E-C-H-N-O-L-O-G-Y! Gaya hidup "wireless" atau cikgu Bahasa Malaysia kata tanpa wayar.

Bila tidak menggunakan wayar, maka wujudlah istilah "No Strings Attached". Tiada wayar bersambung. Ringkas. Ia merujuk kepada sistem broadband yang terkini di pasaran. Itulah P1 Wimax. Kenapa?



Look Ma! No wires! No strings Attached!

Tapi mungkin ramai masih tidak percaya. Betul aku cakap. Dengan Portable Modem Wiggy dari P1 W1MAX, kita boleh melayari internet bila-bila masa dan dimana saja! Terutamanya di Favourite Surfing Spot korang. Tak kira lah dalam tandas ke, atas loteng ke, balkoni ke, masa launching Project Alpha ke, tengah bersukan ke, Sambil tengok Date Night ke, yang penting pastikan korang No Sweat. Mesti penat hari-hari nak check analytics di Nuffnang kan?

Masih tak percaya? Aku berani jamin, portable modem Wiggy dari P1 W1MAX memang tak ada wayar. Tengok bukti ini. Setiausaha Persatuan Ahli Magik dari Tanjung Malim, En. Sudin Miracle akan membuktikan bahawa tiada wayar bersambung pada modem Wiggy. Sila tumpukan perhatian anda pada modem Wiggy

Terima Kasih En. Sudin Miracle - very well said!

Lihat! Memang menakjubkan. Dengan adanya modem mudah alih macam Wiggy, senang kita nak join contest anjuran Nuffnang. Nak tulis advertorial jobs, nak hantar ke innit dan macam-macam lagi. Mudah kan? Laju pun laju. Potong, poton! Nak potong apa lagi? Wayar dah tak ada! Lebih baik jangan buang masa, cepat perah kreativiti korang dan tulis tentang No String Attached! Singgah sini untuk maklumat lebih lanjut!

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.

Thursday, April 8, 2010

My Favourite Sport

Sukan kegemaran aku seharuslah sukan yang cool. Sukan yang menjadi ikutan hampir semua warga dunia. Tak lain dan tak bukan, sukan bola sepak. Aku mula bermain bola sepak sejak sekolah rendah. Walaupun masa sekolah rendah dulu aku lebih cenderung kepada olahraga (ketika itu aku fit giler macam sekarang) dan pernah mewakili sekolah untuk acara 4x100m. Tapi malangnya aku tak pernah menang pingat di peringkat itu. Sedih kan?

aku tidaklah segelap itu, dan lari bawa mercun..damn crazy!

Tapi bila waktu Pendidikan Jasmani, aku bukan main lagi bersemangat sebab nak main bolasepak. Bolasepak ini tak perlu la hurai, memang kegilaan semua. Tambah lagi bila dekat World Cup. Macam nak menggila. Masa aku pindah ke KL, aku beli bola Pele yang dijual di Pizza Hut. Sanggup beli pizza mahal-mahal sebab nak bola Pele tu. Konon-konon boleh buat banana kick. Bola ringan la katakan.

lebih kurang macam ni kut. yang ini bola fevernova

Tapi lama-kelamaan, bila berat badan aku naik sikit, aku dah mula kurang stamina. Jadi aku beralih ke padang kecil sikit. Masa dulu street soccer. Dan sehinggalah aku sambung belajar di Jepun, aku lebih cenderung main futsal. Sehinggalah sekarang. Walaupun namanya lain, tapi permainannya tetap sama. Bola yang disepak-sepak untuk masuk dalam gawang berjaring.

dekat Jepun aku main semua court futsal macam ni..tak jumpa lagi yang turf

Sehingga sekarang, bolasepak tetap menjadi sukan kegemaran aku. Walaupun tidak fit seperti dulu (lebih kurang Klinsmann), tapi masih main juga. Lepas main bolasepak, tipulah kalau aku kata badan bau wangi macam nak pergi dating. Sudah pasti berbau "machem". Bila badan berbau kenalah menggunakan barang-barang penjagaan dari jenama Adidas. Brand yang sudah sebati dengan aku. Kebanyakkan jersi bola aku berjenama Adidas jadi sesuai sangatlah!

Produk dari Adidas

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.


p/s : all pics courtesy of Google.com

Tuesday, March 30, 2010

I Wanna Be a Project Alpha TV Star! (How your readers can have a shot at being featured on Project Alpha by submitting an audition entry)


Ingin menjadi bintang? Bintang Project Alpha TV! Projek Alpha adalah Program Realiti dari Nuffnang yang lain dari lain. Bukan untuk jadi penyanyi atau host TV, tetapi ia Program Realiti mengenai kehidupan Top Bloggers di Malaysia. Kali ini program ini akan menyingkap kehidupan 7 orang Top Bloggers di Malaysia antaranya Niki Cheong, Azwan Ali, Shaolin Tiger, Ninie Ahmad dan lain-lain.

ini blogger parah!

Kali ini Projek Alpha memberi peluang untuk menjadi bintang kepada semua. Nuffnang membuka peluang untuk menjadi guest blogger untuk Project Alpha Season 3. Mudah saja caranya. Ada video? ada webcam? Rakam video (sekurang-kurangnya 60saat) dan nyatakan mengapa korang patut bersama Project Alpha. Kemudian jangan lupa

1. Sertai Ruumz dan login ke dalam akaun
2. Sertai group Project Alpha ruumz!
3. Upload video ke ruangan Auditions
4. Sertakan tajuk dan terangkan dengan ringkas rakaman itu
5. Untuk meninggikan peluang korang, suruh kawan-kawan atau keluarga vote video korang

Dengan menghantar video, korang berpeluang memenangi hadiah pula! Top 3 bloggers akan terpilih menjadi guest blogger untuk Project Alpha Season 3 dan membawa pulang hadiah lumayan seperti :

1st Prize
- 3 hari 2 malam penginapan di 360Kuching Hotel, Kuching dalam Deluxe Room serta sarapan untuk 2
- Hamper Adidas ACTION 3 bernilai RM100 (termasuk South Africa 2010 mini ball)
- P1 W1GGY Prepaid berharga RM199

2nd and 3rd Prize
- Hamper Adidas ACTION 3 bernilai RM100 (termasuk a South Africa 2010 mini ball)
- P1 W1GGY Prepaid berharga RM199

Jadi apa lagi? Cubalah. Mungkin nasib menyebelahi korang. Siapa tahu, ada diantara korang ini bakal menjadi Top Blogger!

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS. Auditions are now open! Check it out at www.projectalpha.com.my/auditions or projectalpha.ruumz.com/groups

Monday, March 22, 2010

No Sweat!

No Sweat! Ungkapan ini kadang-kala kita dengar dalam movie "teen flick". Maksudnya seakan "no problem". Maknanya bila ada problem, kita akan berpeluh. Jadi bagaimana nak mengekalkan badan supaya tidak berpeluh? Mudah saja. Sebab itu Julies Montenier mencipta formula antiperspirant pada 28 January 1941. Sejak itu produk deodorant menjadi popular kerana ia bertindak mengurangkan peluh dan mengurangkan bau badan.

Macam-macam jenis deodorant ada di pasaran. Yang popular haruslah datang dari jenama yang popular. Untuk menjadi wangi seperti artis, cubalah Adidas Action 3 deodorant spray. Mungkin inilah jawapan kepada segala masalah bau badan. Aku yakin David Beckham pasti ada menggunakan produk ini. Wah, dah macam iklan Smart Shop.

Aku belum berpeluang menggunakan Adidas Action 3 lagi. Hopefully selepas ini kalau diberi peluang akan mencuba. Kalau aku tahu dari awal, sudah tentu hamper Adidas Action 3 jadi barang hantaran aku..hehehe. Pasti lebih wangi dari sekarang. (dah cukup wangi ni)

Pasti badan rasa FRESH!


Entry ini adalah sebahagian daripada promosi Project Alpha Season 2. Begitu baiknya hati Nuffnang memberi peluang kepada bloggers untuk mendapat "instant cash blogging". Walaupun aku belum pernah memenangi apa-apa dari blogging, tetapi seronok berlumba-lumba dengan bloggers lain untuk turut serta.

Bagi yang berbakat dan berminat untuk menjadi guest blogger untuk season 3 Project Alpha pula, jangan lupa klik link yang disertakan di hujung entri ini.




Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS. Auditions are now open! Check it out at www.projectalpha.com.my/auditions

Related Posts with Thumbnails