Showing posts with label Project Alpha 2. Show all posts
Showing posts with label Project Alpha 2. Show all posts

Wednesday, May 5, 2010

My Message to AIDSAware


AIDSAware ialah satu projek untuk menimbulkan kesedaran terhadap penyakit AIDS. Dan Kempen AIDSAware ini bertujuan untuk mengumpulkan 13,000 mesej bagi mengingati 13,000 orang yang sudah meninggal dunia akibat penyakit AIDS ini di Malaysia setakat hari ini. Terdapat pelbagai cara untuk kita bersama-sama membantu kempen AIDSAware ini.

Kita boleh menyebarkan mesej dengan cara-cara berikut :
Ambil foto dengan mesej AIDS Aware ciptaan kita sendiri ataupun menggunakan mesej-mesej yang tersedia dari kempen AIDSAware.
Apabila 13,000 mesej dikumpulkan, satu dinding akan dikhaskan di tempat awam di bandaraya Kuala Lumpur. Semua foto yang diprint akan ditayangkan di dinding untuk berkongsi mesej dengan semua orang.
Tempoh untuk menyertai kempen ini adalah dari 9 Mei. Boleh upload mesej ke dalam album di Ruumz, dan gambar-gambar tersebut akan di cetak dan dinding khas akan disediakan bermula 16 Mei.
Kongsi mesej anda beramai-ramai

Mari kita sebar-sebarkan. 

Tunjukkan kuasa pengaruh blog. Gunakan medium blog sebagai sebaran mesej-mesej kesedaran. Bloggers juga prihatin dengan isu semasa kan? Facebook, Twitter, YM. Use everything. Spread the news! Apa yang penting...KERJASAMA! dan pastikan
1. Elakkan Pergaulan dan Seks Bebas
2. Jauhi Dadah

Ingatlah semua orang yang kita sayangi. "Live Life to The Fullest!", Let's STOP AIDS! Mesej ini perlu diberi penekanan dan disebarkan supaya semua orang tahu bahaya penyakit AIDS ini.





Dah cuba FormSpring FTN? Malu bertanya sesat dalam blog!

Wednesday, April 21, 2010

My Version of Grooming Tips

Ini sangat penting. Entri ini sangat penting. Kerana dalam entri ini, aku akan berkongsi satu rahsia peribadi. Lebih rahsia dari rahsia kecantikan Siti Nurhaliza dan SimplySitinya. Kerana tips ini tidak pernah dicatatkan dalam mana-mana laman web, penerbitan buku malah blog juga. Ini kali pertama dibongkarkan.
(warning : ini entry nak masuk contest)

Ini versi aku. Tips-tips menghias diri sendiri. Versi FTN. Baca dengan berhati-hati dan jangan amalkan lansung. Kerana tips-tips yang bakal dikongsi ini belum disahkan oleh WHO. Kita akan periksa satu persatu tips.

Tips #1 : Botakkan Kepala
- Jimat masa
- Tak perlu beli sikat, minyak rambut
- Tak perlu beli cermin
- No one will notice your gray hair, because you have none!

Go Bald Go! 

Tips #2 : Spray Perfume atau Deodorant
- Hilangkan bau mashem badan
- Feel fresh!
- Awek sangkut

Tengok, dia botak dan spray perfume!



Perfume, bukan Febreeze OK?

Tips #3 : Use Aftershave! (A Must for Men)
Okay, okay. Let's get serious. Tips yang sebenar-benarnya aku amalkan ialah pastikan aku menggunakan aftershave setiap kali selepas shaving. Sebabnya, ia dapat menghapuskan bakteria di muka dan menghilangkan kotoran. Dengan aftershave, kita boleh elakkan rashes daripada muncul. Lebih-lebih lagi kalau ada yang end up berdarah lepas shave. Aftershave akan bertindak mengelakkan bendarahan berlebihan. Biasanya aftershave mengandungi natural healing agent seperti aloe yang baik untuk kulit.



Tips #4 : Try Adidas Action 3!!
Cubalah, pasti terasa segar seperti David Beckham!
Dengan 24-jam anti-perspiration protection, serta anti-whitening untuk mengurangkan tompok putih pada pakaian anda. 0% alkohol. Serta penyerapan lembapan extra. Ini satu tips yang aku rasa semua patut cuba.

Adidas Action 3 ya'll!!

Sambil-sambil cuba tips, mari tonton episod-episod Project Alpha Season 2 (ep1-3) :




Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.

Tuesday, March 30, 2010

I Wanna Be a Project Alpha TV Star! (How your readers can have a shot at being featured on Project Alpha by submitting an audition entry)


Ingin menjadi bintang? Bintang Project Alpha TV! Projek Alpha adalah Program Realiti dari Nuffnang yang lain dari lain. Bukan untuk jadi penyanyi atau host TV, tetapi ia Program Realiti mengenai kehidupan Top Bloggers di Malaysia. Kali ini program ini akan menyingkap kehidupan 7 orang Top Bloggers di Malaysia antaranya Niki Cheong, Azwan Ali, Shaolin Tiger, Ninie Ahmad dan lain-lain.

ini blogger parah!

Kali ini Projek Alpha memberi peluang untuk menjadi bintang kepada semua. Nuffnang membuka peluang untuk menjadi guest blogger untuk Project Alpha Season 3. Mudah saja caranya. Ada video? ada webcam? Rakam video (sekurang-kurangnya 60saat) dan nyatakan mengapa korang patut bersama Project Alpha. Kemudian jangan lupa

1. Sertai Ruumz dan login ke dalam akaun
2. Sertai group Project Alpha ruumz!
3. Upload video ke ruangan Auditions
4. Sertakan tajuk dan terangkan dengan ringkas rakaman itu
5. Untuk meninggikan peluang korang, suruh kawan-kawan atau keluarga vote video korang

Dengan menghantar video, korang berpeluang memenangi hadiah pula! Top 3 bloggers akan terpilih menjadi guest blogger untuk Project Alpha Season 3 dan membawa pulang hadiah lumayan seperti :

1st Prize
- 3 hari 2 malam penginapan di 360Kuching Hotel, Kuching dalam Deluxe Room serta sarapan untuk 2
- Hamper Adidas ACTION 3 bernilai RM100 (termasuk South Africa 2010 mini ball)
- P1 W1GGY Prepaid berharga RM199

2nd and 3rd Prize
- Hamper Adidas ACTION 3 bernilai RM100 (termasuk a South Africa 2010 mini ball)
- P1 W1GGY Prepaid berharga RM199

Jadi apa lagi? Cubalah. Mungkin nasib menyebelahi korang. Siapa tahu, ada diantara korang ini bakal menjadi Top Blogger!

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS. Auditions are now open! Check it out at www.projectalpha.com.my/auditions or projectalpha.ruumz.com/groups

Monday, March 22, 2010

No Sweat!

No Sweat! Ungkapan ini kadang-kala kita dengar dalam movie "teen flick". Maksudnya seakan "no problem". Maknanya bila ada problem, kita akan berpeluh. Jadi bagaimana nak mengekalkan badan supaya tidak berpeluh? Mudah saja. Sebab itu Julies Montenier mencipta formula antiperspirant pada 28 January 1941. Sejak itu produk deodorant menjadi popular kerana ia bertindak mengurangkan peluh dan mengurangkan bau badan.

Macam-macam jenis deodorant ada di pasaran. Yang popular haruslah datang dari jenama yang popular. Untuk menjadi wangi seperti artis, cubalah Adidas Action 3 deodorant spray. Mungkin inilah jawapan kepada segala masalah bau badan. Aku yakin David Beckham pasti ada menggunakan produk ini. Wah, dah macam iklan Smart Shop.

Aku belum berpeluang menggunakan Adidas Action 3 lagi. Hopefully selepas ini kalau diberi peluang akan mencuba. Kalau aku tahu dari awal, sudah tentu hamper Adidas Action 3 jadi barang hantaran aku..hehehe. Pasti lebih wangi dari sekarang. (dah cukup wangi ni)

Pasti badan rasa FRESH!


Entry ini adalah sebahagian daripada promosi Project Alpha Season 2. Begitu baiknya hati Nuffnang memberi peluang kepada bloggers untuk mendapat "instant cash blogging". Walaupun aku belum pernah memenangi apa-apa dari blogging, tetapi seronok berlumba-lumba dengan bloggers lain untuk turut serta.

Bagi yang berbakat dan berminat untuk menjadi guest blogger untuk season 3 Project Alpha pula, jangan lupa klik link yang disertakan di hujung entri ini.




Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS. Auditions are now open! Check it out at www.projectalpha.com.my/auditions

Friday, March 19, 2010

My Favourite Surfing Spot

My favourite surfing spot is the living room. Why? Because I've been surfing the net for the past 3 years in the living room. Simply because the room is small, hot and boring. In the living room, I can sit on the sofa, with my laptop on the lap (of course) and watch TV while surfing. That even help me with new ideas. Each time I saw an interesting news on the TV, I'll blog it right away.

All of this is possible thanks to the technology we call wifi and wireless broadband. No more cables hanging behind the laptop, we can even surf in the toilet! Haha (nope never done that). But since I'm surfing more each day and updating blog more frequently, I need more speed!

Now here comes the good offer from P1 W1MAX. The good guys over there is introducing the Portable Modem Wiggy with speed up to 10mbps! Just what everyone needs! If you're looking for speed up surfing, get the Wiggy from P1 W1MAX

I saw this living room in my dream last night!
(plush sofas and tv sold separately)

Getting Wiggy with it!



Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS

Related Posts with Thumbnails