Monday, December 19, 2011

My 2cents : Bahagian Marketing PROTON, Please Take Note


Kemunculan PROTON Exora Bold & Exora Prime benar-benar mendapat sambutan ramai peminat automotif, terutamanya mereka yang ingin memiliki sebuah MPV. Apatah lagi kali ini PROTON menawarkan buat pertama kalinya sebuah enjin yang diperbaharui dengan teknologi "forced induction" dalam model keluarannya. Atau dalam bahasa mudah, sebuah enjin "turbo".

Respon yang aku dapati daripada laman blog, serta forum-forum maya ialah majoriti berpuas hati dengan prestasi enjin Campro CFE, dan suka dengan facelift yang dilakukan kepada model Exora Bold/Prime. Boleh dikatakan, semua yang sudah pandu uji Proton Exora Bold sejak semalam bersetuju yang MPV ini tidak lagi "underpowered" malah ada yang sudah membandingkan dengan model-model lain yang lebih hebat dari segi segmen dan harga. Aku sendiri sudah pergi ke showroom Edar, dan melihat sendiri Exora Bold. Malangnya tak sempat nak pandu uji kerana kena queue. Sudah ada beberapa temujanji untuk pandu uji Exora pagi tadi. Tetapi aku pasti akan pandu uji dalam masa terdekat nanti.

Ok kembali kepada topik asal. 

Aku agak musykil dengan bahagian marketing PROTON. Kenapa produk sebaik Exora Bold dan keupayaan enjin Campro CFE ini tidak diberi publisiti yang meluas? Seolah-olah tiada berita tentang pelancaran model baru dari PROTON. Sehinggakan ada yang tidak tahu lansung tentang kemunculan Exora Bold. Terutamanya mereka-mereka yang jarang melayari internet. Setakat hari ini, aku rasa tiada iklan di TV dan di radio. Cuma apa yang aku perhatikan, hanya laman-laman blog yang berlumba-lumba menyiarkan entry mengenai model ini. Mohon diadakan TV Advert untuk PROTON Exora Bold ini, kerana model ini berpotensi untuk menjadi pilihan utama MPV keluarga di Malaysia tahun 2012 nanti. Kalau sudah ada nanti, tolong highlightkan sedikit kehebatan enjin baru CFE tersebut. Di sini saya dapat lihat perbezaan antara PROTON dan PERODUA. Sebab PERODUA, walaupun hanya buat facelift tukar bumper pada model VIVA Elite, namun publisitinya meluas. Iklan TV sentiasa ada terutamanya waktu perdana (8pm - 9pm). Setuju?

Satu lagi yang ingin aku komen. Sila bandingkan gambar-gambar di bawah :

gambar rasmi PROTON

Photobucket
sumber Facebook Proton Exora

Kedua-dua ini adalah dari model yang sama, iaitu Proton Exora Prime. Difahamkan gambar ini dirakam di Pusat Kecemerlangan PROTON di KESAS. Sana ada dipamerkan PROTON Exora Prime. Cuba lihat, betapa ketaranya perbezaan gambar rasmi dari PROTON dengan gambar yang dirakam. Kenapa aku bangkitkan hal ini? kerana ramai tidak berpuas hati bila melihat gambar rasmi tersebut. Faux wood panel dalam gambar rasmi itu nampak terlalu "murah" dan tidak matching dengan interior Exora. Tetapi, apabila melihat gambar sebenar, ramai menarik balik komen negatif dan minat pula dengan kemasan tersebut. First impression adalah penting. Perbezaan sangat ketara seperti ini boleh memberi impak kepada persepsi orang ramai. Walaupun ia mungkin perkara remeh bagi sesetengah orang, tetapi dalam usaha PROTON menaikkan kembali kepercayaan orang, hal seperti ini perlu diambil berat.

Apa-apa pun, ini sekadar teguran 2 sen dari seorang peminat produk automotif tempatan. Kalau ada tersilap fakta, tolong maafkan. Harapan aku cuma nak tengok PROTON maju dan dapat mengembalikan kepercayaan rakyat Malaysia sendiri seperti era kegemilangan WIRA dan WAJA. Barulah PROTON mampu untuk menapak lebih jauh lagi ke pasaran global. Apatah lagi bila model keluarannya selepas ini diberi jolokan "Proton's first global car".

Itu saja kali ini. Harap maklum.
Malaysia Boleh!

0 feedbacks:

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails