Hype menantikan kemunculan Exora Facelift dan enjin terkini dari PROTON iaitu Campro CFE (charged fuel efficient) makin menjadi-jadi. Blogger Kizz Kazz (juga merupakan seorang pemilik Proton Exora) ada upload beberapa slide yang memberikan maklumat mengenai prestasi enjin Campro CFE ini. Barangkali ianya training material untuk wakil Proton Edar menjelang pelancaran model Exora Bold & Prime tak lama lagi.
Sila rujuk dua slide di bawah mengenai prestasi Campro CFE dan perbandingan dengan enjin model kereta lain.
Kredit penuh kepada blogger Kizz Kazz. Sila lawati blog Kizz Kazz untuk lebih banyak info mengenai Exora.
sumber : blog Kizz Kazz |
Slide 1 : Performance CFE. Nampaknya benar info yang kita dapat sebelum ini. Maks Torque ialah 205Nm pada 2000rpm-4000rpm. Maknanya pulling power dapat dijana pada rpm yang rendah. Jadi acceleration akan jauh lebih baik daripada Exora dengan enjin CPS sebelum ini dengan improvement sebanyak 50%. Lebih gempak lagi apabila CFE mempunyai low speed torque yang 18% lebih baik daripada enjin 1.8L naturally aspirated (NA)
sumber : blog Kizz Kazz |
Slide 2 : Engine comparison. (ceh itu pun boleh typo pada slide..apa daa). Sekali pandang memang jauh lebih baik daripada 1.6L CPS, 1.8L Nissan Grand Livina, serta 2.0L Toyota Innova. Fuel consumption dicatatkan sebanyak 8.3L/100km. Tapi ini mungkin subjektif, sebab pengalaman aku dengan SAGA dan Exora sebelum ini ada kalanya boleh mendapat figure lebih baik daripada yang tercatat di brochure. It depends on our driving pattern.
So apa komen korang? Aku tak sabar nak tengok Exora Facelif a.k.a Exora Bold dan Exora Prime ni di showroom berdekatan. Sebab aku tak yakin gambar-gambar yang leaked sebelum ini menggambarkan keadaan sebenar kereta tersebut. Kena tengok depan mata baru berani nak komen.
0 feedbacks:
Post a Comment
Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan