Saturday, December 17, 2011

PROTON Exora Bold! Dari RM59,998 ~ RM79,998 | Exora Prime RM88,998



New Proton Exora Bold CFE 2011


Akhirnya PROTON mendedahkan info secara rasmi mengenai Proton Exora Facelift, iaitu Proton Exora Bold dan Proton Exora Prime. Seperti yang sudah diwar-warkan oleh pelbagai blog automotif dan juga di blog ini, Proton Exora Bold & Prime akan menjadi model pertama PROTON yang dilengkapi dengan enjin terbaru iaitu Campro CFE (Charge Fuel Efficiency) yang membekalkan kuasa 138hp dan maksimum tork 205Nm pada rpm serendah 2000rpm.

Untuk spesifikasi kedua-dua Exora Bold dan Exora Prime, bolehlah rujuk ringkasan dalam brochure di bawah. Exora Prime akan menjadi variant khas iaitu paling premium dengan 6 tempat duduk, di mana barisan kedua di ganti dengan captain seat. 

New Proton Exora Bold CFE 2011



Gambar New Proton Exora Bold CFE 2011
Proton Exora Bold - warna Elegant Brown

Gambar New Proton Exora Bold CFE 2011
Proton Exora Prime - 
warna eksklusif Absolute Brown dengan rim warna emas, 
serta kemasan chrome pada fog lamp dan front grille

Wajah baru Exora Bold dengan bumper fascia lebih garang. Grille yang lebih luas tanpa trademark "misai" seperti model sebelumnya. Lampu depan smoked nampak lebih sporty, dan rim 16" baru dengan 5 spoke. Side mirror juga boleh auto flip. Kelihatan di sini warna baru Elegant Brown. Memang nampak "elegant"! 

Berbeza dengan Exora Prime yang juga didatangkan dalam warna Absolute Brown, dipadankan dengan rim berwarna emas. 


Test Drive Proton Exora Bold CFE


Bahagian belakang juga diberikan sedikit sentuhan. Lampu rear combi smoked serta rear bumper dengan design baru. Spoiler masih mengekalkan design lama.


Harga Proton Exora Bold Prime 2011
Exora Bold (executive & premium line)
Photobucket
Exora Prime sahaja

Interior juga terdapat perbezaan terutamanya finishing pada centre panel dengan finishing "liquid silver". Ini hanya terdapat untuk Executive & Premium line sahaja. Untuk variant Exora Prime pula, bahagian center panel diberi sentuhan  kemasan ala kayu seperti Toyota Camry untuk nampak lebih eksklusif dan mewah.


MPV baru Exora Bold Turbo
2nd row "captain seat" hanya untuk model Exora Prime

Exora Bold

Ini merupakan salah satu add-on yang amat berguna kepada pemandu MPV yang besar seperti Proton Exora. Reverse camera untuk variant Executive Exora Bold dan Exora Prime. View camera dapat dilihat di cermin pandang belakang, sama seperti yang terdapat pada Kia Forte Facelift.

Harganya? :

Exora Bold Standard 1.6 MT with CPS : RM59,998
Exora Bold Executive 1.6 AT with CPS : RM70,998
Exora Bold Executive 1.6 MT with CPS : RM74,998
Exora Bold Premium 1.6 CVT with CFE : RM79,998
Exora Prime 1.6 CVT with CFE : RM89,998

sumber info & imej : Paultan.org


0 feedbacks:

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails