(gambar dari Iklan TM - CNY)
Kalau semua dapat berkongsi meja, bergelak ketawa, makan bersama tanpa ada perasaan ragu-ragu. Tiada PSP di meja makan, tiada "facebook mobile" tapi makan bersama. Berbeza bangsa, berbeza agama namun boleh bersama-sama makan.
Bagus iklan dari TM ni. Apatah lagi dalam keadaan politik yang tidak sihat sekarang. Cuba tenang seketika, dan renung balik bagaimana kita boleh sampai ke tahap sekarang.
"Perpaduan asas Kemajuan" - Tak gitu yang kita belajar di sekolah dulu?
p/s : Teringat karya-karya arwah Yasmin.
0 feedbacks:
Post a Comment
Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan