Sunday, February 28, 2010

Video Bridge dan Terry Enggan Bersalaman!


Anda perasan sesuatu dalam video ini? Ini sedutan dari perlawanan Manchester City dan Chelsea semalam. Seperti biasa ketika permulaan perlawanan, kedua pasukan akan beratur dan bersalaman sesama sendiri. Tetapi cuba lihat betul-betul, ada seorang pemain yang mengelak untuk bersalaman!

Vanessa Perroncel

Ya, mereka adalah John Terry dan Wayne Bridge. Ini semua berpunca dari skandal yang melibatkan John Terry dan bekas teman wanita Wayne Bridge, Vanessa Perroncel yang juga ibu kepada anak lelakinya yang berusia 4 tahun. Vanessa dikatakan telah mengandung tahun lalu dan John Terry meminta dia menggugurkan kandungan untuk menutup skandal mereka.

Merupakan kawan baik sebelum ini

Wayne Bridge dan Rooney merupakan teman baik satu ketika dulu ketika di Chelsea dan skuad England. Namun sejak terbongkar skandal ini, John Terry telah di tarik balik gelaran Kapten England manakala Wayne Bridge membuat keputusan untuk bersara dari skuad England. Ini merupakan satu tamparan hebat kepada pasukan England menjelang Piala Dunia 2010 yang akan datang.

Nampaknya akibat wanita dan nafsu, pasukan England bakal melalui jalan sukar di Piala Dunia. Adakah John Terry akan kekal bersama England? Mampukah dia melalui semua krisis dan bermain dengan tumpuan maksimum??

Nasib baik aku bukan penyokong England, Chelsea ataupun Manchester City. (united pun bukan) Hahahaha

Apapun keputusan perlawanan semalam, Manchester City membelasah Chelsea 4-2

SOURCE : Diolah dari Daily Mirror. Gambar dari Google.com

Klik sini untuk melihat Highlights Perlawanan Manchester City vs Chelsea




0 feedbacks:

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails