(gambar dari UTUSAN)
KAJANG 18 Feb. - "Kami reda disebat kerana di akhirat, hukuman sebenar nanti lebih berat dari hukuman di dunia," itulah luahan tiga wanita yang dihukum sebatan mengikut kaedah syarak pada 9 Februari lalu di Penjara Wanita Kajang, di sini hari ini.
Alhamdulillah, kalau benar mereka sudah insaf maknanya berkesanlah hukuman sebatan yang dilaksanakan. Aku lansung tak tahu menahu pasal kes ini. Terlihat di berita semalam, dan terbaca di akhbar hari ini. Dalam buletin pagi pun ada ditunjukkan lakonan semula bagaimana hukuman dilaksanakan. Pesalah diberi peluang untuk bertaubat nasuha sebelum disebat. Cara sebatan juga mengikut kaedah syarak. Jenis rotan dan bilangan sebatan juga berbeza mengikut tahap kesalahan. Mereka bukan saja dirotan, tapi dipenjara juga. Oh ya, mereka ni pesalah-pesalah yang ditangkap berzina bersama pasangan bukan mahram.
Pasangan lelaki mereka juga menerima hukuman yang sama. Jangan ingat wanita saja yang dirotan ye. Pesalah lelaki memang sudah biasa dihukum rotan sejak dahulu lagi. Cuma pesalah wanita jarang-jarang dikenakan hukuman begini. Sebab itu mendapat liputan media barangkali.
Tapi pelik juga, ada sesetengah pihak masih tidak faham konsep hukum syariah. Apa masalah SIS nih? Aku kurang faham apa yang diperjuangkan oleh mereka. Isu sebatan 3 wanita ini pun dijadikan isu diskriminasi.
Apa pun, ini satu tindakan yang bagus. Tapi si Kartika tu bila nak disebat? Lambat sangat sampai ada yang mengambil kesempatan mempolitikkan isu hukuman dia. Apa komen korang semua?
SOURCE : Utusan Online
0 feedbacks:
Post a Comment
Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan