Monday, May 21, 2012

"Beruang Polar" ditahan memandu Mercedes A-Class dalam keadaan mabuk



Kejadian berlaku di Perancis. Polis menahan "beruang polar" tersebut selepas ia keluar dari kereta dan berjalan ke arah polis dalam keadaan terhuyung-hayang.

Saturday, April 21, 2012

Proton Edar Beri Penjelasan Mengenai Gambar Kemalangan Proton Prevé Yang Tersebar

Bermula dengan isu gambar butang tenggelam, kemudian pula isu kualiti welding di bahagian pintu. Hari ini kecoh lagi apabila terdapat satu set gambar yang menunjukan sebuah kereta pandu uji Proton Prevé mengalami kerosakan. Pelbagai spekulasi dan andaian timbul, sekaligus memberi impak negatif kepada produk terbaru keluaran PROTON itu.

Namun, bermula daripada tweet Hezeri Samsuri (editor Top Gear Malaysia) sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada supporters Proton apabila mengetahui ianya berlaku akibat kemalangan (human error) dan bukan masalah kualiti atau part defect.

Lewat malam tadi, PROTON EDAR telah membuat satu kenyataan di laman Facebook mereka mengenai kejadian tersebut. Sila rujuk screenshot dan caption di bawah.

Photobucket


We would like to address concerns regarding pictures of a damaged Proton Prevé circulating on the web.


At around 4.45pm yesterday, one of our sales advisors was involved in an accident while driving from Jalan Sentul towards Jalan Pahang in KL, when the Proton Prevé that he was driving hit a divider and landed awkwardly causing the lower arm to break.


While we're happy to report that our sales advisor is unhurt, our test-drive unit, however, was damaged as a result of the accident. So, remember to buckle up and drive safe because accidents can happen - to anyone and to any car. - Proton Edar Facebook Page

Di harap dengan penjelasan ini, masyarakat umum sedar situasi sebenar dan tidak mudah terpedaya dengan fitnah dan spekulasi sesetengah pihak. Jangan takut untuk pandu uji sendiri dan alami pengalaman pemanduan kereta PROTON terbaru ini. Anda pasti tidak menyesal!

p/s : dikhabarkan tempahan sudah pun mencapai angka 3ribu unit. Dan esok merupakan hujung minggu pertama sejak model ini dilancarkan. Dijangka tempahan akan meningkat dengan mendadak pada hujung minggu ini.

Tuesday, April 17, 2012

MANTAP : Proton Prevé Sapphire di MIECC!!!

Proton Prevé Sapphire Concept Launched


Proton Prevé Sapphire Concept Launch Photos


Proton Prevé Sapphire Concept Picture


Inilah wajah kereta showcar Proton Prevé Sapphire yang dipamerkan ketika Majlis Pelancaran Proton Prevé yang berlansung di MIECC malam tadi. Dengan kemasan Matte Silver, Bumper dan Grille hadapan lebih garang, serta chrome lining menampakkan kemantapan model Prevé ini. Rim yang lebih besar, seolah-olah memberi ilham kepada para pembeli untuk modifikasi/make up kereta ini kelak.

Malang sekali saya gagal mengambil lebih banyak shot, kerana crowd yang sangat besar dan menyukarkan saya mendapat angle yang lebih elok. Jangan risau, pastinya lebih banyak gambar Sapphire ini akan berada di laman sesawang malam nanti.

Tahniah kepada warga kerja PROTON kerana berjaya menghasilkan sebuah kereta yang menarik dengan harga berpatutan setelah berhempas pulas selama 3 tahun.

Seminggu dua ini, expect a lot of reviews by online community dan mengharapkan yang terbaik buat PROTON. Tahniah sekali lagi.

+ + + + + + +

Sementara itu, kita saksikan iklan TV rasmi untuk kereta Proton Prevé yang akan mula ditayangkan di stesen-stesen TV tempatan mulai esok (Selasa). 


Related Posts with Thumbnails