Showing posts with label Launching. Show all posts
Showing posts with label Launching. Show all posts

Friday, August 2, 2013

Model Terbaru PROTON Selepas Hari Raya? [code name P3-22A]

 photo proton-preve-hatch-video-shoot-01_zps32d152e8.jpg
photo source : Paultan.org


 photo preve-hatch-rear-e1375278891774_zps944e9ebc.jpg
photo source : Paultan.org

Model terbaru PROTON bakal muncul selepas Hari Raya minggu depan. Kemungkinan dilancarkan pada pertengahan bulan August. Model ini ialah versi Hatchback kepada PROTON Preve. Namun difahamkan ia tidak akan membawa nama Preve. Sebaliknya model sport hatchback ini akan diberi nama baru yang masih belum diketahui.

Model ini masih mengekalkan rekaan asal Preve, tetapi sedikit berbeza pada bahagian belakang. Front fascia masih mengekalkan imej sama, kecuali perubahan kecil seperti lampu DRL (lebih terang, bukan Position Lamp seperti Preve), dan grill bumper honeycomb.

Bagi model premium (high-spec) dibekalkan dengan kerusi kemasan kulit, touchscreen system saiz 7inci menggunakan OS Android beserta reverse camera. Dari segi keselamatan, kereta ini khabarnya dilengkapi dengan curtain airbag, menjadikan kesemuanya 6 airbag (front, side & curtain airbag). Rim tayar bersaiz 17inci bagi model premium, dan 16inci untuk model executive.

Seperti biasa, tiap kali PROTON mengeluarkan model baru, pasti akan mendapat perhatian luar biasa. Biarpun jenama PROTON ini sudah biasa menjadi kutukan sejak berkurun lamanya, ia tetap menjadi topik hangat.

Persoalan sekarang, apakah nama model ini dan berapakah harga yang diputuskan untuk model hatch ini? Sama-sama kita tunggu selepas Hari Raya nanti.


Tuesday, April 17, 2012

MANTAP : Proton Prevé Sapphire di MIECC!!!

Proton Prevé Sapphire Concept Launched


Proton Prevé Sapphire Concept Launch Photos


Proton Prevé Sapphire Concept Picture


Inilah wajah kereta showcar Proton Prevé Sapphire yang dipamerkan ketika Majlis Pelancaran Proton Prevé yang berlansung di MIECC malam tadi. Dengan kemasan Matte Silver, Bumper dan Grille hadapan lebih garang, serta chrome lining menampakkan kemantapan model Prevé ini. Rim yang lebih besar, seolah-olah memberi ilham kepada para pembeli untuk modifikasi/make up kereta ini kelak.

Malang sekali saya gagal mengambil lebih banyak shot, kerana crowd yang sangat besar dan menyukarkan saya mendapat angle yang lebih elok. Jangan risau, pastinya lebih banyak gambar Sapphire ini akan berada di laman sesawang malam nanti.

Tahniah kepada warga kerja PROTON kerana berjaya menghasilkan sebuah kereta yang menarik dengan harga berpatutan setelah berhempas pulas selama 3 tahun.

Seminggu dua ini, expect a lot of reviews by online community dan mengharapkan yang terbaik buat PROTON. Tahniah sekali lagi.

+ + + + + + +

Sementara itu, kita saksikan iklan TV rasmi untuk kereta Proton Prevé yang akan mula ditayangkan di stesen-stesen TV tempatan mulai esok (Selasa). 


Monday, April 16, 2012

Siaran Lansung Pelancaran Proton Prevé di RTM1 Malam ini


Jangan lupa saksikan siaran lansung di RTM1 untuk menyaksikan Majlis Pelancaran model terbaru PROTON iaitu PROTON Prevé. Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak sendiri akan merasmikan kereta global pertama PROTON tersebut di Mines International Exhibition & Convention Centre (MIECC).

Pastinya showroom Proton akan meriah sehingga lewat malam untuk beberapa hari akan datang. Harapnya dengan kemunculan model terbaru ini sedikit sebanyak dapat mengembalikan kepercayaan rakyat Malaysia kepada kereta buatan tempatan.

untuk recap semua post mengenai model ini sejak tahun lepas, sila klik sini.

Related Posts with Thumbnails