Tuesday, August 31, 2010

Alasan Semata-mata

Salam 1Malaysia.

Aku mengandaikan ada orang tanya kenapa aku tak lekatkan bendera Malaysia di kereta. Basicly aku lebih suka kibarkan bendera di rumah, di Gunung Fuji (boleh check salam perantauan tahun 2003 kalau tak silap), atau di pejabat. Tapi aku belum pernah lekat bendera kecil di kereta. (sejak memandu sendiri)

Salah satu alasan yang boleh difikirkan :
Photobucket
exibit A : Fuel price increase. Ini point utama

Pemasangan bendera di depan windshield kereta boleh mengurangkan tahap aerodinamik kereta tersebut. Ini secara tidak lansung memberi kesan kepada penggunaan minyak sebab rintangan angin. Jadi untuk mengelakkan pembaziran minyak, elakkan menampal bendera di windshield kereta.

Photobucket
exibit B : Ujian rintangan angin


Okay, alasan pertama mungkin tidak berapa kukuh. Tetapi ada satu lagi alasan yang sedikit membahayakan nyawa orang lain. Aku antara pengguna tegar lebuhraya. Pergi kerja, balik kerja, pergi shopping kena lalu lebuhraya. Jadi atas lebuhraya kena pandu laju. Dan bila pandu laju, bendera kecil itu ada potensi untuk tertanggal. Dan pernah ada kes tertanggal. Ini tak tipu. Kemana tiang plastik itu melayang, aku tak tahu. Tapi buatnya menusuk penunggang motosikal, tak ke jadi kes naya tu?

Secara serius, memang sambutan bulan kemerdekaan tahun ini sedikit hambar berbanding tahun lalu. Mungkin sebab ia jatuh dalam penghujung bulan Ramadan. Atau mungkin ramai menggunakan alasan yang sama? Hehh

Photobucket

Hujan Emas di Jepun, Hujan Batu di Malaysia, Tapi aku tetap suka Malaysia


Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan ke-53!

Photobucket
ihsan carian google
1Malaysia Menjana Transformasi, itulah motto sambutan kemerdekaan ke-53 tahun ini. Kali ini perarakan sambutan peringkat kebangsaan diadakan buat pertama kali dalam stadium tertutup di Bukit Jalil. Eloklah dalam bulan ramadan ini, tidaklah berpanas di Dataran Merdeka dan sebagainya. Aku sempat tonton di TV pagi tadi. Memang mengkagumkan. Aku "salute" dengan persembahan menarik semua yang terlibat. Mungkin lebih hebat kalau dapat bersama menghadirkan diri di stadium itu. Peluang menarik bagi peminat fotografi macam aku. For sure dapat merakam banyak foto-foto yang menarik dan berwarna-warni.

Walaupun di ambang sambutan kemerdekaan ini kita dihidangkan dengan anasir-anasir jahat yang cuba menggugat keharmonian Malaysia, namun tidak memberi kesan kepada semangat yang sudah sedia ada dalam diri rakyat Malaysia. 

Harapan aku ialah melihat Malaysia lebih matured dari segi politiknya, ekonomi, keselamatan dan pembangunan. Ahli-ahli politik tak kira kerajaan atau pembangkang sepatutnya fokus kepada pembangunan bukan isu-isu remeh. Kalau hari-hari kerja mengutuk orang dalam ceramah, bila masa nak berkhidmat untuk rakyat? Sepatutnya mereka berdebat tentang kerja, bukan tentang masalah peribadi. Bila dah fokus tentang kerja, barulah boleh lihat pembangunan yang ketara.

Semoga 1Malaysia benar-benar menjana transformasi kepada kita semua. Selamat Hari Merdeka!


Photobucket

Monday, August 30, 2010

Lisa Was Here

Photobucket
rupanya Lisa nak jual barang

+ + + + + + +

Tadi nampak Lisa. Lisa Surihani. Ala yang pakai tudung ekspress tu. Kenapa dia tayang muka kat blog aku? Macam kebetulan pula, sebab semalam sempat tengok filem "Zoo" lakonan Lisa tu sikit. Kenapa sikit? Sebab aku stop tengok bila muncul watak Bob Lokman dengan misai merapu. Apa lagi, aku tanpa ragu-ragu terus fast foward pada babak-babak yang ada Lisa saja.

Jadi jangan tanya aku cerita ini best ke tak. 

Tapi kenapa sanggup cari streaming tengok "Zoo"? Ini semua salah Lisa.

Related Posts with Thumbnails