Showing posts with label tragedi. Show all posts
Showing posts with label tragedi. Show all posts

Sunday, May 22, 2011

Tragedi Tanah Runtuh di Hulu Langat

Pertama sekali, mari kita sedekahkan bacaan surah Al-Fatihah kepada mangsa-mangsa tragedi tanah runtuh yang berlaku di Hulu Langat, 21 Mei 2011. Mereka yang menjadi mangsa merupakan anak-anak yatim, dan penjaga mereka.

Photobucket

Hari ni sepanjang hari aku ke merata tempat. Lansung tak sempat nak menonton berita. Lewat petang tiba-tiba rasa nak check phone, bukak surat khabar online semua dengan headline "Tragedi Tanah Runtuh". Kali ini tragedi menimpa sebuah di Rumah Anak Yatim Al-Takwa FELCRA Semungkis, di Hulu Langat. Daripada laporan-laporan akhbar/berita yang aku baca, setakat entri ini ditulis 5 orang disahkan maut. 12 orang sudah berjaya diselamatkan. Jumlah mangsa yang tertimbus adalah 24 orang. Bermakna ada lagi 7 orang lagi masih belum diselamatkan.

Tak perlu tulis panjang, kerana laporan terkini boleh disemak di semua akhbar online. Lebih bagus tengok berita 12 malam ini untuk update. Sesungguhnya berita tragedi sebegini memang menyedihkan, apatah lagi bila berlaku kepada golongan anak-anak yatim.


Photobucket
keadaan Rumah Anak Yatim Al-Takwa

Akhir sekali, harapan aku tiada mana-mana parti politik akan mengambil kesempatan dalam isu ini. Kalau ada YB buat statement-statement cilaka, memang kuajaq. Kejadian sudah berlaku, dan tolonglah siasat puncanya. Khabarnya ada satu construction sedang dijalankan berhampiran dengan rumah anak yatim terbabit. Ditambah dengan cuaca hujan yang berterusan menyebabkan kawasan tepi bukit itu runtuh.

Saturday, October 30, 2010

Kemalangan Bas Di Karak Pula, 7 Maut

Ingat lagi 10.10.10? Eh bukan cerita kawen ada kek besar macam roket tu tau.

Tragedi Bas Ekspress Delima. Meragut 13 nyawa termasuk seorang yang meninggal kemudian di hospital (tolong betulkan aku kalau silap ek). Klung klang klung klang semua dok bising tentang kemalangan itu. Macam-macam idea yang keluar untuk kurangkan kemalangan melibatkan bas ekspress. Tapi standard lah Malaysia kan?

Semalam waktu driving pulang ke kampung melalui highway PLUS menuju ke Utara terang-terang menunjukkan rakyat Malaysia masih degil. Semua rasa diri mereka kebal kut. Walaupun hujan lebat semalam, masih ada yang tinggal sayang nyawa. Bas dan lori dipandu lebih 100km/j, memotong zig zag pun ada. Risau gila.

Sampai saja kampung, aku terbaca di online papers ada kemalangan Bas lagi dan meragut nyawa. Sebuah bas persiaran yang dinaiki 44 orang penumpang terbabas di Lebuhraya Karak. Bas terbabas dan terbalik. 6 orang meninggal dunia di tempat kejadian, seorang lagi dalam perjalanan ke hospital. Mangsa-mangsa terdiri dari golongan remaja berumur antara 13-17tahun. 37 penumpang lagi cedera.

Pemandu bas pula hanya cedera ringan.


The way aku tengok bas dan lori dipandu malam tadi ketika membuktikan tiada lansung kesedaran pada pemandu-pemandu bas di Malaysia sejak insiden 10.10.10. Kemalangan berlaku bila kenderaan terbabas. Dan biasanya yang terbabas ni semuanya dipandu laju. Sebab itu had laju tu ada. Bila kenderaan dipandu dalam kelajuan yang munasabah, kuranglah risiko nak terbabas. Terutamanya bila keadaan hujan. Sepatutnya sendiri kena ingatlah, takkan nak pandu 100km/j dalam keadaan hujan lebat??

Kemalangan memang tidak boleh dijangka. Tapi sekurangnya boleh cuba dielakkan. Aku yakin pihak berkuasa tak boleh nak buat apa-apa...sebab biasanya golongan VIP tak guna perkhidmatan bas. Cuba kalau ada mangsa dari golongan VIP...fuhh pantas tindakannya

Sekian.



Al-fatihah kepada mangsa-mangsa kemalangan.

more latest info seperti biasa dari blog bro sham ondscene

Wednesday, October 13, 2010

Kenapa Kau Soal?

Ajal maut di tangan Allah. Kita tidak tahu bila dan dimana. Cuma kalau boleh kita selalu mohon pada-Nya supaya ianya bukan di atas jalan raya. 

Cuma,

Kenapa setiap kali berlaku kematian, keluarga mangsa akan ditanya dengan soalan cliche seperti

"Ada tak arwah tunjukkan tanda-tanda sebelum pemergiannya?"

"Arwah ada buat benda pelik tak kali terakhir berjumpa?"

Come on lah uolls. Please stop asking soalan yang tiada siapa tahu jawapannya. Persoalan macam ini tak membantu lansung. Lagi tertekan adalah. Dah jadi habit wartawan kat Malaysia ni. 


Tuesday, October 12, 2010

Lepas Ini Macam Mana?

Sibuk seharian. Serius. Secara total, masa aku berada di depan PC hari ini lebih kurang 1.5jam sahaja. Tetapi dimana saja aku berada/meeting masa kerja hari ini, semua bualkan topik yang sama.

"Macamana bas tu boleh terbabas, tibai divider, sapu 3 biji kereta dan terbalik hah?", satu persoalan yang diutarakan oleh seorang rakan di ofis.

Entahlah kan?

Cuba pejamkan mata kejap, bayangkan korang sedang memandu kereta dengan kelajuan 100km/h di lebuh raya secara aman...dan tiba-tiba entah dari mana sebuah bas datang meluru dari arah kanan korang. Gelap.

I wonder how the survivors feel. How can they overcome the trauma?


p/s : walaupun tiada kenalan yang menjadi mangsa, sayu aku tengok berita tadi.

Monday, October 11, 2010

11 Maut Kemalangan Dekat Simpang Empat

Just before rancangan mengarut di TV3 tadi aku perasan kat timeline ada member tweet yang dia sangkut dalam kesesakan di arah selatan PLUS Highway. Ada eksiden melibatkan 2 buah bas ekspress (lagi-lagi bas!). Dia siap mention nampak mayat bergelimpangan atas jalan.

Checked online papers dan rasanya tadi buletin utama sempat update terkini yang memang betul-betul berlaku kemalangan berhampiran Pedas Linggi/Simpang Ampat. Based on info 10 maut dalam kemalangan tersebut.

This could be another tragedi melibatkan bas ekspress. Aku agak bas itu tentu laju and went out of control. (hmm fact is most of the buses kat Malaysia ni memang tak reti pandu ikut had laju, kan?). Waiting for more info on the news. Hopefully tidak melibatkan lebih ramai nyawa.

Takziah kepada mangsa yang terlibat dalam kemalangan terbabit.

+ + + + + + +

Photobucket
photo credit to mStar Online


Update 11pm : 12 Maut, lebih 40 cedera! Ada beberapa tweet dari rakan-rakan yang stuck dalam kesesakan teruk gila. Quote dari Mstar Online :
REMBAU: Seramai 12 orang maut dan lebih 40 lagi cedera dalam satu kemalangan membabitkan dua bas, sebuah van dan tiga kereta di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat di sini petang Ahad.
Polis berkata kejadian berlaku pada kira-kira 6.40 petang apabila sebuah bas ekspres yang menuju ke Kuala Lumpur, gagal dikawal lalu melambung dan memasuki laluan bertentangan.
Drive carefully guys. Even if we drive careful enough, please be aware of our surroundings. Tak boleh jangka bila bas pun boleh terbabas ke opposite lane. Errghhh can't imagine. Malang surely tak berbau. To those stuck in the traffic jam, please be patient. Biar lambat asal selamat.

Go check on Youtube, ada juga yang sudah upload video from the scene. Malas nak tayang kat sini, sebab terlalu tragis. Even the person (recording the video) didn't allow his children to watch.


SOURCE : TheStar, Ondscene, Mstar (check them out for latest updates)

Saturday, August 14, 2010

Video Ribut Taufan Melanda Bazaar Ramadhan Stadium Jasin

,Video Tragedi Ribut Taufan di Jasin, sumber dari sini



Petikan berita Utusan Malaysia
JASIN 13 Ogos - Tiga terbunuh manakala 18 lagi peniaga cedera dalam kejadian ribut taufan di Bazar Ramadan Stadium Jasin di sini, pada hari kedua umat Islam berpuasa hari ini.

Kejadian pada pukul 4.45 petang itu berlaku ketika semua mangsa sedang sibuk membuat persiapan untuk memulakan perniagaan.

Dua peniaga yang maut ialah seorang peniaga cendol, Abdul Omar, 73, dan pembantu peniaga murtabak, Mahadi Muhammad, 39. Kedua-dua mereka cedera di kepala setelah dipercayai terkena objek keras ketika kejadian tersebut. 
+ + + + + + +

Petang semalam waktu pulang dari kerja, cuaca amat mendung sekali dan hujan lebat membasahi Shah Alam dan berterusan sepanjang perjalanan pulang ke kampung di Perak. Dah lama tak hujan. Malam sebelumnya panas dan aku sendiri sukar nak tidur malam. Rupanya hari berikutnya nak hujan. Tak sangka pula di Jasin, cuaca buruk bukan saja membawa hujan lebat, tetapi ribut taufan yang mengorbankan 3 orang. Ribut taufan jarang-jarang sekali berlaku di Malaysia tetapi melihatkan video daripada seorang saksi di sana, memang keadaannya menakutkan juga. Berlaku dalam masa yang singkat saja, tapi kesannya amat ketara dan boleh lihat khemah-khemah berterbangan.

Apapun, ucapan takziah dan Al-Fatihah buat 3 orang mangsa yang terkorban, dan semoga 18 lagi yang dirawat akan segera sembuh. Nampaknya bencana alam semakin menjadi-jadi di seluruh dunia. Kebakaran hutan teruk di Russia, banjir di Pakistan, tanah runtuh di China, dan sebagainya seperti yang berlaku di Jasin semalam. Ini semua berpunca dari kemusnahan alam yang berpunca dari kita juga. (botakkan hutan, korek pasir, pencemaran dan sebagainya)

Apa pun ini, sempena bulan Ramadhan yang mulia ini marilah kita mendekatkan diri dengan Allah dan banyakkan berdoa agar dilindungi dari bala bencana. Amin

p/s : Ribut taufan sering berlaku waktu musim panas di Jepun. Pernah menyaksikan sendiri Ribut taufan berlaku di depan mata dekat universiti dulu.

Related Posts with Thumbnails