Showing posts with label Bencana Alam. Show all posts
Showing posts with label Bencana Alam. Show all posts

Friday, August 20, 2010

Entri Selepas Sahur : Renungkan

Photobucket
photo source here
Bencana alam yang melanda Pakistan bukan calang-calang. Tiga minggu berturut-turut Pakistan dibanjiri air. Lebih 4 juta penduduk hilang tempat tinggal. Dianggarkan 1,600 maut setakat ini. Lebih 1.6juta ekar tanah pertanian rosak, dan kerugian dianggarkan mencecah berbillion USD. Bukan itu saja, Pakistan sekarang diancam dengan pelbagai wabak penyakit.

Betapa untungnya kita semua yang berada di Malaysia ini. Panas memang panas, hujan memang lebat, traffik memang teruk, politik haru-biru, gaji tak naik-naik dan banyak lagi rungutan kita. Tapi..

Alhamdulillah, kita tidak diuji dengan bencana alam seperti ini. Syukur sangat kita masih ada tempat berteduh, masih ada makan dan minum, masih dapat berpuasa dengan selesa, tiada ancaman wabak penyakit, dan sebagainya.


Sessi soal jawab di FormSpring FTN!

Saturday, August 14, 2010

Video Ribut Taufan Melanda Bazaar Ramadhan Stadium Jasin

,Video Tragedi Ribut Taufan di Jasin, sumber dari sini



Petikan berita Utusan Malaysia
JASIN 13 Ogos - Tiga terbunuh manakala 18 lagi peniaga cedera dalam kejadian ribut taufan di Bazar Ramadan Stadium Jasin di sini, pada hari kedua umat Islam berpuasa hari ini.

Kejadian pada pukul 4.45 petang itu berlaku ketika semua mangsa sedang sibuk membuat persiapan untuk memulakan perniagaan.

Dua peniaga yang maut ialah seorang peniaga cendol, Abdul Omar, 73, dan pembantu peniaga murtabak, Mahadi Muhammad, 39. Kedua-dua mereka cedera di kepala setelah dipercayai terkena objek keras ketika kejadian tersebut. 
+ + + + + + +

Petang semalam waktu pulang dari kerja, cuaca amat mendung sekali dan hujan lebat membasahi Shah Alam dan berterusan sepanjang perjalanan pulang ke kampung di Perak. Dah lama tak hujan. Malam sebelumnya panas dan aku sendiri sukar nak tidur malam. Rupanya hari berikutnya nak hujan. Tak sangka pula di Jasin, cuaca buruk bukan saja membawa hujan lebat, tetapi ribut taufan yang mengorbankan 3 orang. Ribut taufan jarang-jarang sekali berlaku di Malaysia tetapi melihatkan video daripada seorang saksi di sana, memang keadaannya menakutkan juga. Berlaku dalam masa yang singkat saja, tapi kesannya amat ketara dan boleh lihat khemah-khemah berterbangan.

Apapun, ucapan takziah dan Al-Fatihah buat 3 orang mangsa yang terkorban, dan semoga 18 lagi yang dirawat akan segera sembuh. Nampaknya bencana alam semakin menjadi-jadi di seluruh dunia. Kebakaran hutan teruk di Russia, banjir di Pakistan, tanah runtuh di China, dan sebagainya seperti yang berlaku di Jasin semalam. Ini semua berpunca dari kemusnahan alam yang berpunca dari kita juga. (botakkan hutan, korek pasir, pencemaran dan sebagainya)

Apa pun ini, sempena bulan Ramadhan yang mulia ini marilah kita mendekatkan diri dengan Allah dan banyakkan berdoa agar dilindungi dari bala bencana. Amin

p/s : Ribut taufan sering berlaku waktu musim panas di Jepun. Pernah menyaksikan sendiri Ribut taufan berlaku di depan mata dekat universiti dulu.

Related Posts with Thumbnails