Showing posts with label Mitsubishi Lancer. Show all posts
Showing posts with label Mitsubishi Lancer. Show all posts

Thursday, November 3, 2011

PROTON Inspira R3 Open For Booking? Limited 100 Units only

Salam Sejahterakan, apa khabar puunnnn?
Ribut takde, angin takde, tanya sama pokok..

Tiba-tiba terjumpa dekat dua blog automotif funtastico & proton-sales, maklumat tentang limited edition PROTON Inspira R3. Aku pun tak pasti kesahihan info ini, tapi since ia datang dari blog yang saya kira agen EDAR, ada kebarangkalian info ini betul..mungkin details masih belum tepat. Apa pun, sudah mention di situ, tempahan untuk limited edition 100 unit ini sudah dibuka sejak 1 Nov. Harga masih kekal sama, cuma hanya terdapat dalam variant 1.8L MT sahaja. Kepada peminat Mitsubishi Lancer, cepat-cepatlah tempah. At least imitation ini sah dan datang dari kilang, bukan kedai Ah Beng! Hehe

+ + + + + + +


Limited Edition INSPIRA R3 only 100 units evermade

SPECIFICATIONS :
Engine: MIVEC 1.8 MT
Full Bodykit:
1. Inspira Front Bumper Splitter
2. Inspira Side Skirt
3. Inpira Rear Apron
4. Inpira Ducktail Spoiler
Tyres: 225/40/90W Yokohama AR01
Rims: 18×7.5 Advanti Racing M8501

*Perceived Value of all items above was RM9,000

COLORS :
Solid White – 70 units
Genetic Silver – 21 units
Tranquiity Black – 7 units
Plum Red – 2 units

How much price for this Inspira R3?
There’s no change on OTR
(Solid – RM84,549 ; Metallic – RM84,999)

How much is the booking fee?
RM500 only

When can i place my booking?
Booking can be place starting by today (1st Nov 2011)

When can customer receive the car after my booking date?
2 weeks to 1 months depending on color availability

INSPIRA R3 is Limited Edition and it available for 100 units only..
So be quick and call me.. first come first serve…

sumber dari blog proton-sales

Friday, October 15, 2010

Dah Boleh Start Booking PROTON INSPIRA Mulai Hari Ini! : Price from RM79k onwards

Previously on FTN:
1. Model Gantian Waja : RM75,000 ~ RM100,000
2. Model Gantian Waja Semakin Dinanti-nanti
3. What "Badge Engineering" Means in The Automotive Industry

Sembang pasal kereta memang seronok. Jadi pagi-pagi lagi hari ini dalam suratkhabar, dalam MHI dah melaporkan tentang model terbaru PROTON yang memang dinanti-nanti ramai. Model gantian Waja yang berasaskan model Mitsubishi Lancer tu. Ah, aku rasa ramai dah tahu pun. Informasi tersebar luas di laman blog automotif Malaysia nih.

Dalam UTUSAN 13 Oct menyebut :
Nama model kereta yang diberi nama kod P3-90A ini juga akan diumumkan esok yang dipercayai mendapat 'inspirasi daripada nama tempatan,' manakala pelancaran rasminya ke pasaran ialah pada 10 November ini.
Ah dah cukup hint dah tu.

Officially, price offered will be starting from RM79,xxx onwards (bukan RM75k). That should be for the 1.8L Manual variant. Normally the price difference between manual and auto(cvt) is around RM5k. Jadi, anggaran harga 1.8L CVT should be RM85k. So the highest spec 2.0L CVT with paddle shifter should be around RM90k-RM95k. All in all, it must be below RM100k. Dan itu sudah RM20k lebih murah dari model Mitsubishi Lancer 2.0GT. Menarik!

Stiker hitam dijual berasingan!

Photobucket
White looks nice, nak kasi hitam roof sikit!


Photobucket
First thing, tukar tayar and rim 17inch!

Ini interior Lancer tau! (tapi obviously sama lah)


Dah boleh start booking from 14th Oct onwards. Booking fee is RM1000.
Nama apa? alaah read on!


Photobucket
Ok Fine, confirm it's Proton INSPIRA



SOURCE : pelbagai gambar entri ini berpunca dari carian google tau. tqvm

Friday, August 27, 2010

Model Gantian Waja : RM75,000 ~ RM100,000

Ini baru betul "spyshot" beradab. Sumber dari Paultan.org

Sebelum ini aku dah pernah post entri tentang Model Gantian Waja yang semakin dinanti-nanti. Dalam laporan akhbar hari ini, Pengarah Urusan PROTON Holdings, Datuk Syed Zainal berkata Model Gantian Waja akan mengekalkan 95% reka bentuk asal Mitsubishi Lancer GT terutamanya bahagian dalaman. Ini bermakna 5% lagi merupakan minor facelift pada bahagian front bumper dan rear bumper seperti yang dirakamkan dalam spyshot sebelum ini. Yang mana kawasan terbabit saja dilitupi camouflage hitam (seperti gambar di atas)

Mengenai harga kereta tersebut pula, PROTON dijangka menawarkan harga antara RM75,000 dan kurang RM100,000 untuk model 1.8L dan 2.0L. Bermakna akan ada perbezaan harga antara Model Mitsubishi Lancer GT 2.0L (CBU dari Japan) sekarang sebanyak lebih kurang RM20,000. Tambahan lagi sebelum ini Mitsubishi tidak menawarkan variant 1.8L, maka ini satu peluang kepada peminat kereta untuk memiliki kereta berasaskan model Lancer pada harga yang murah.  

Memandangkan reka bentuk dalaman yang tidak banyak berubah, jadi rasanya kita boleh rujuk kepada gambar-gambar Mitsubishi Lancer GT yang sedia ada di jalan raya Malaysia. Cuma perlu gantikan logo 3 diamonds Mitsubishi kepada logo Harimau PROTON.

Photobucket
Paddle Shifter untuk model 2.0L


Photobucket
Dashboard Lancer GT


Photobucket
Ruang tempat duduk belakang


Aku tak pasti sama ada korang teruja atau tidak, tapi personally aku sangat berminat nak beli kereta ini. Kena mula menabung. Hehe. Tapi Datuk Syed juga ada mention yang satu model Facelift akan dilancarkan ketika KL Motorshow (KLIMS 2010) bulan Disember nanti. Mungkinkah ia model Saga Facelift?

sumber dari Berita Harian

Monday, August 2, 2010

Model Gantian Waja Semakin Dinanti-nanti

Ini baru betul "spyshot" beradab. Sumber dari Paultan.org

Salam 1Malaysia, 2August. Setelah seharian tidak berblogging. Hari ini aku kembali lagi dalam bulan yang baru. Bulan yang penuh bermakna bagi aku, kerana banyak tarikh penting berlaku dalam bulan ini.

Kembali pada topik asal, minggu lepas laman blog automotif kecoh apabila gambar kereta Model Gantian Waja yang bakal dikeluarkan di kilang PROTON yang berdasarkan model Mitsubishi Lancer terbocor akibat tindakan seseorang yang menangkap gambar di KLIA. Bukan sekadar gambar luaran, tetapi sampai interior pun habis dicerobohi (terma yang sesuai sebab kereta itu sudah pasti bukan miliknya). Walaupun peminat automotif gembira dengan kewujudan gambar-gambar "spyshot" itu, tetapi secara personal aku rasa itu bukan cara yang betul.

Apa pun, hari ini ada satu lagi "spyshot" kereta tersebut yang sedang menjalani ujian road test di Pulau Pinang. Basicly semua orang tahu ia model "rebadge" Mitsubishi Lancer. Dan berdasarkan laporan akhbar dan info lain, ianya adalah usahasama PROTON dengan Mitsubishi, di mana Mitsubishi membenarkan PROTON menggunakan model itu sebagai satu model PROTON. Ini bukan bermakna PROTON sudah ketandusan idea, tetapi pendapat aku ia sekadar mengisi gap between line-up model PROTON sementara menanti kemunculan EXORA Turbo, dan khususnya Persona Replacement.

Mungkin inilah wajahnya nanti dengan Grille trademark PROTON
gambaran Model Gantian Waja dari Theophilus Chin
sumber dari Paultan.org

Sebelum ada komen mengatakan PROTON ketandusan idea atau sebagainya, rasanya elok aku tekankan di sini seperti yang dilaporkan dalam akhbar, ini adalah satu business strategy antara PROTON dan Mitsubishi. Proton masih ada aktif model running seperti Saga, Persona Enhancement, Exora.

p/s : agaknya apakah nama yang bakal diberikan kepada Model baru ini? nampak lebih ke arah family car berbanding Mitsubishi Lancer GT yang lebih sporty..setuju?

Sessi soal jawab di FormSpring FTN!

Related Posts with Thumbnails