Showing posts with label Mazidul Akmal. Show all posts
Showing posts with label Mazidul Akmal. Show all posts

Sunday, March 7, 2010

Bloggers Gathering Episode 2 : Random Photos (tak lah random sangat)

Manusia hanya merancang, Allah yang menentukan. Aku merancang nak buat entri banyak-banyak pasal gathering semalam. Cerita-cerita yang boleh dikongsi. Tapi biasalah, bila dah tak ada masa, mulalah malas dan nak save time, kita upload saja gambar-gambar dulu. Sebab gambar-gambar ni boleh berkata-kata tau. Kalau tak silap aku Gianfranco Zola pernah berkata, "A Picture is worth a thousand words". Jadi buat apa aku susah-susah menaip. Sekeping gambar dah seribu perkataan. kalau aku letak 5 keping? Hah kira la.

Aku park dulu gambar-gambar ini. Later aku akan update post ini dengan gambar-gambar lagi.
Kalau ada sesiapa nak request gambar lebih besar, sila tinggalkan komen. Nanti aku boleh emailkan. Kalau bapak gula-gula aku yakin akan letak harga RM5-10 sekeping. Tapi itu bukan aku. Haha.

Organizer Gathering 

"X10 x 5baris x 5tingkat x 24tin = WOW!"



"Ya kami balun 2 tin seorang!"


Cybercafe, nak pakai kena beratur. Ada 2 laptop je


Dan photo of the day untuk hari ini. Tak lain dan tak bukan gambar di bawah ini. Aku sebenarnya nak tunjuk gambar scenery yang cantik. Tapi sebab semuanya ada gambar mereka-mereka ini berposing, maka terpaksa la tempel di sini. Mereka-mereka tu terdiri dari bro Mazidul, Hezrey dan bro Sham (Ondscene). Semuanya sempoi-sempoi belaka.

Posing ni memang tak boleh blah punye.
Aku nyesal tak posing macam tu. (bukan yang baju hitam)

nota kaki ayam :
since ramai yang dah tahu di gathering blogger, sudi-sudi lah menjenguk photoblog aku di sini. Silap haribulan gambar anda terpampang di sana. Kalau ada kekurangan, tolong tinggalkan komen.

Saturday, March 6, 2010

Bloggers Gathering Episode 1

Okeh. Kali ini kita mulakan episode pertama laporan dari Bloggers Gathering yang diadakan dengan jayanya (alhamdulillah) di Commonwealth Forest Park & Resort Rawang. Terus terang aku katakan, aku tak pernah pun berjumpa dengan mana-mana bloggers sebelum ini. Tapi semuanya ceria, "happening gile" dan banyak tips dapat dikongsi bersama. Walaupun terdapat beberapa suara sumbang kalau korang perasan di komentar blog-blog yang terlibat, bagi kami semua ia satu perjumpaan yang berjaya. Sekian lama berjumpa di skrin komputer dan laptop, akhirnya mata bertentang mata (ini ayat bro Hazrey suka ni) sambil semua bergelak ketawa. Macam dah kenal lama pula rasanya.

Okeh. Cukup. Panjang mukadimahnya. Aku tak dapat nak update sekaligus semua cerita. Jadi aku buat by episode. Macam Star Wars. Macam Lord Of The Rings. Macam Senario. (eh)


Episode 1 : Kereta berfrekuensi Tinggi (bukan microwave)


Okeh. Semasa pendaftaran (dah tolak kisah hampir berjalan kaki 1km ke atas), semua orang tertarik dengan kereta En Shukor. Kenapa? Sebab keretanya banyak dawai-dawai terjuntai atau nama lainnya ariel (betul ke eja?). Kebetulan ada 4, jadi timbul la syak wasangka. Yang ariel panjang untuk yang muda, ariel pendek untuk si tua. Paham ke tak? Hehe


Okeh, ini rupa kat dalam keretanya. Bukan main lagi kan? Macam Transformers pun ada. Sebab macam-macam suara boleh dengar kalau semuanya on. Kalau tak silap ada 8 semuanya? Hebat. Rasanya kereta ini pun boleh masuk Malaysia Book of Records. (atau ada yang lebih banyak dari itu?)
Nak tahu cara-cara menggunakan radio amatur dengan betul?



Beginilah caranya. Pose kena betul, tangan kanan di pinggang tangan kiri kena sandar di kereta. Ini basic katanya. Hehehe (gurau ajer)

Sekian episode 1. Nanti aku sambung kisah selanjutnya, dengan sessi kongsi tips dengan bro Mazidul dan Hazrey.


p/s : gambar-gambar terpilih akan aku letak di blog 1LDK. Paparan lebih besar di sana. Bila sudah update nanti aku inform.

Bloggers lain yang sudah update kisah Gathering ini
1. bro Mazidul - Perhimpunan Lancar
2. Vic @ Diana - Biggest Bloggers Gathering - 6 Mac 2010
3. Shaik - Taking a Break - Bloggers Day Out
4. Azrul - Sekitar Bloggers Gathering @ Commonwealth Forest Park - 6 Mac 2010
5. Kak Jie - Perhimpunan Blogger di Taman Rimba Komanwel

Related Posts with Thumbnails