Showing posts with label Taman Rimba Komanwel. Show all posts
Showing posts with label Taman Rimba Komanwel. Show all posts

Monday, March 8, 2010

Apa Yang Aku Dapat Dari Bloggers Gathering Selain Belajar Buat Tajuk Panjang Macam Zara

Senafas? Hebatkan kuasa tarikannya. Ini semua sebab Zara. Sebab aku berjumpa dengan dia di Bloggers Gathering tempoh hari lalu terjangkit menulis tajuk panjang berjela. Siapa Zara sebenarnya? Oh, aku pun tidak bisa menjawab persoalan itu. Sebab baru saja bertemu, dan kebetulan dia berasal dari Muar, sama dengan kampung orang rumah aku. Dan sebenarnya terdapat fakta yang lebih hebat dari itu, namun atas sebab-sebab tertentu aku terpaksa simpan dalam laci.

Ini lah Zara, yang menulis blog dengan tajuk yang sangat panjang lebar gile tuh..

Okeh okeh. First impression aku, Zara memang seorang yang happening. Dia punya entrance ketika turun tangga tu bukan main lagi. Sambil bawak kek (betul kan ada bawak kek?), semua pantas mengetahui kewujudan Zara. Dengan suara lantang, terus dia meng"havoc"kan majlis yang sudah sedia di"havoc"kan oleh brader MC terlebih glukosa, bro Hazrey. Mula-mula tak tahu apa nak ditegur, tapi bila mendengarkan dia datang dari Muar, terus aku dan wifey pegi terjah. So ada lah topik nak dibualkan. Tapi takpe, walaupun perjumpaan kami singkat, tapi lepas ni aku dah tahu kat mana nak cari dia..haha (incase dia hutang kek ke, X10 ke apa-apa dengan kami kekeke)

ini lah MC terlebih glukosa tu, salah sikit je nak syaman..asyik-asyik syaman!

Bro Hazrey pun pertama kali aku berjumpa. Pendek kata semua orang pertama kali jumpa kan? Haha. Tapi apa yang best dengan bro ni, aku yang segan-segan kucing siam ni diajak duduk bersama dekat kafe dan lepak minum bersama sementara tunggu kehadiran geng-geng lain. Dia punya story memang best, sama-sama lawan dengan bro Mazidul pulak tu. Satu lagi, bro Hazrey ni walaupun ada rupa sikit (sikit je..sikitt) macam Ajai (I syaman u), dia agak malu dengan reptilia (baca : melompat). Tapi suka sakat orang lain. Kesian kat Azizah Laling (sib baik dia tak syaman u bro).

Okeh, akan datang aku ingat nak berkongsi sedikit sebanyak pesanan dan tips dari bloggers yang sempat aku curi dengar tempoh hari. Selamba, kan sharing is caring? Haha

Sunday, March 7, 2010

Bloggers Gathering Episode 2 : Random Photos (tak lah random sangat)

Manusia hanya merancang, Allah yang menentukan. Aku merancang nak buat entri banyak-banyak pasal gathering semalam. Cerita-cerita yang boleh dikongsi. Tapi biasalah, bila dah tak ada masa, mulalah malas dan nak save time, kita upload saja gambar-gambar dulu. Sebab gambar-gambar ni boleh berkata-kata tau. Kalau tak silap aku Gianfranco Zola pernah berkata, "A Picture is worth a thousand words". Jadi buat apa aku susah-susah menaip. Sekeping gambar dah seribu perkataan. kalau aku letak 5 keping? Hah kira la.

Aku park dulu gambar-gambar ini. Later aku akan update post ini dengan gambar-gambar lagi.
Kalau ada sesiapa nak request gambar lebih besar, sila tinggalkan komen. Nanti aku boleh emailkan. Kalau bapak gula-gula aku yakin akan letak harga RM5-10 sekeping. Tapi itu bukan aku. Haha.

Organizer Gathering 

"X10 x 5baris x 5tingkat x 24tin = WOW!"



"Ya kami balun 2 tin seorang!"


Cybercafe, nak pakai kena beratur. Ada 2 laptop je


Dan photo of the day untuk hari ini. Tak lain dan tak bukan gambar di bawah ini. Aku sebenarnya nak tunjuk gambar scenery yang cantik. Tapi sebab semuanya ada gambar mereka-mereka ini berposing, maka terpaksa la tempel di sini. Mereka-mereka tu terdiri dari bro Mazidul, Hezrey dan bro Sham (Ondscene). Semuanya sempoi-sempoi belaka.

Posing ni memang tak boleh blah punye.
Aku nyesal tak posing macam tu. (bukan yang baju hitam)

nota kaki ayam :
since ramai yang dah tahu di gathering blogger, sudi-sudi lah menjenguk photoblog aku di sini. Silap haribulan gambar anda terpampang di sana. Kalau ada kekurangan, tolong tinggalkan komen.

Related Posts with Thumbnails