Showing posts with label USA. Show all posts
Showing posts with label USA. Show all posts

Sunday, June 27, 2010

Ghana Tewaskan USA, Vuvuzela Akan Terus Berdendang

GHANA vs USA
[ 2 - 1 ]

USA terkeluar dari World Cup 2010 apabila goal Asamoah Gyan pada masa tambahan memastikan kemaraan wakil benua afrika Ghana ke peringkat suku-akhir. USA walaupun menguasi perlawanan tetapi Ghana terlebih dahulu mendahului seawal minit ke-5 menerusi Kevin Prince Boateng menerusi rembatan leret di penjuru gol USA. Apa lagi Vuvuzela pun makin kuat berbunyi. Ahh, lebah mengawan tak putus-putus di World Cup 2010 ni. Gol penyamaan USA tiba dari sepakan penalti London Donovan pada minit-62 apabila Clint Dempsey di jatuhkan. Ghana mendapat gol kemenangan dalam masa tambahan apabila Asamoah Gyan merembat dengan cun gila melepasi Tim Howard.

Ghana akan bertemu Uruguay, dan sudah pasti Vuvuzela akan terus berdendangan di World Cup 2010. Bising bising bising! Clinton pun tak sabar nak balik, nasib baik USA kalah. Haha

Clinton tak sabaq nak balik, nak jumpa Monica kut
(original pic at soccernet.com)

+ + + + + + +


tinggal satu hari je lagi..tolong undi tau 

Friday, June 18, 2010

World Cup 2010 : Germany vs Serbia Yeahh!

Yeah! Team Favourite aku akan turun berentap malam ini. Germany akan menentang Serbia jam 7.00pm waktu Shah Alam (GMT+8). Walaupun RTM yang penipu tidak tayang perlawanan ini, aku akan tetap mengikuti perkembangan terkini di Gamecast Soccernet, Live Streaming di website, serta laporan kawan-kawan di Twitter. Apa pun, harapan tetap untuk melihat kemenangan Germany dan meneruskan persembahan menarik mereka ketika menentang Australia.

Aku berharap Podolski akan menjaringkan gol, merapatkan jurang dengan penjaring terbanyak setakat ini iaitu Higuan dari Argentina.


FTN predict : Germany tewaskang Serbia [2-0]

+ + + + + + +

USA mungkin tidak menghadapi masalah mengatasi Slovenia. Slovenia bagaimanapun telah mengutip 3 mata berharga apabila menewaskan Algeria dengan gol mudah tempoh hari. Kalau USA tak menang game ini, mesti ada something wrong. Haha



FTN predict : USA tewaskan Slovenia [2-1]

+ + + + + + +


pic courtesy of google.com

Ok. England lawan Algeria. Antara pasukan paling popular di World Cup. Lebih popular bila penjaga gol mereka Robert Green membuat aksi gelojoh dan melepaskan gol mudah ketika menentang USA. Jangan salahkan Jabulani pula ya. Tapi kali ini England pasti nak tebus maruah, aku jangkakan England menang mudah ke atas Algeria. Mungkin David James akan jaga gol malam ini. 



FTN predict : England mudah mengatasi Algeria [3-0]


Related Posts with Thumbnails