photo source : Paultan.org |
photo source : Paultan.org |
Model terbaru PROTON bakal muncul selepas Hari Raya minggu depan. Kemungkinan dilancarkan pada pertengahan bulan August. Model ini ialah versi Hatchback kepada PROTON Preve. Namun difahamkan ia tidak akan membawa nama Preve. Sebaliknya model sport hatchback ini akan diberi nama baru yang masih belum diketahui.
Model ini masih mengekalkan rekaan asal Preve, tetapi sedikit berbeza pada bahagian belakang. Front fascia masih mengekalkan imej sama, kecuali perubahan kecil seperti lampu DRL (lebih terang, bukan Position Lamp seperti Preve), dan grill bumper honeycomb.
Bagi model premium (high-spec) dibekalkan dengan kerusi kemasan kulit, touchscreen system saiz 7inci menggunakan OS Android beserta reverse camera. Dari segi keselamatan, kereta ini khabarnya dilengkapi dengan curtain airbag, menjadikan kesemuanya 6 airbag (front, side & curtain airbag). Rim tayar bersaiz 17inci bagi model premium, dan 16inci untuk model executive.
Seperti biasa, tiap kali PROTON mengeluarkan model baru, pasti akan mendapat perhatian luar biasa. Biarpun jenama PROTON ini sudah biasa menjadi kutukan sejak berkurun lamanya, ia tetap menjadi topik hangat.
Persoalan sekarang, apakah nama model ini dan berapakah harga yang diputuskan untuk model hatch ini? Sama-sama kita tunggu selepas Hari Raya nanti.
0 feedbacks:
Post a Comment
Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan