Wednesday, November 28, 2012

AFF Suzuki Cup 2012 : Dengan Laos nak Menguap ke Mengaum?

Gua nak tulis entry ni pun agak segan-segan malu gitu. Semangat gua dah luntur dan faded bak kata David Beckham, lepas menonton performance Harimau Malaya lawan Singapura masa perlawanan pertama AFF Suzuki tempoh hari. Gua dapat lihat eksperimen yang Rajagobal buat ni semua tak menjadi. Entah apa jenis eksperimen pun gua tak tau. Gua nampak player-player dok lari sana sini atas padang macam hamster ujikaji makmal je.

Ni la masalahnya bila Sultan Bolo cepat sangat kasi pangkat Dato' kat coach Malaysia. Baru menang ciput, dah kasi pangkat. Baru je dapat sikit dah kasi up Dato'. Tak payah la. Ahli-ahli sukan ni semua tak payah la kasi Dato'. Letih Hasbullah Awang nak kena menyebut Dato' itu, Dato' ini. Ah sungguh awkward sekali bunyinya.

Berbalik kepada tragedi 0-3 kelmarin, gua dapat rasanya kekecewaan hampir 60ribu penyokong Harimau Malaya yang sanggup pegi bersesak ke Stadium Bukit Jalil, tapi pulang hampa. Satu gol pun tarak beroww! Siap ada bideo makcik Ultras punyalah frust dia. Penyokong pun sampai kerumun bas yang bawa pemain Harimau Malaya, bukan untuk mintak sign berow, tapi nak kondem beroww! Coach "kesayangan" toksah ceghita la, tak berani nak jumpa penyokong. Cuba la contohi kat Jepun tu, kalah ke menang ke, pegi tunduk kat penyokong tanda terima kasih atau mohon maaf selepas perlawanan. Passion dan semangat macam tu lah yang lack kat pemain & coach team bola kita.

Sampai bila beroowww? Sampai bilaaaa?

Masa tourney AFF sebelum ni, aku terus terang tak amik port sangat, sebab waktu tu team Malaysia memang takde siapa kasi harapan. Sebab prestasi ketika itu memang merundum. Tapi alih-alih, brader Safee outperform pasukan lawan, sampai jadi top-scorer lepas tu dipancing kelab dari Indonesia. Waktu tu punya nak gila penyokong support, ditambah dengan populariti Ultras Malaya yang tengah up. Penyokong sambut kat KLIA dengan meriah gila. Kembang kuncup hidung Rajagobal waktu tu.

Jadi bila prestasi masa perlawanan pemanas badan sebelum AFF 2012 bermula ni menurun, sudah tentu peminat risau. Banyak dah komen/laporan akhbar kondem Rajagobal. Tapi dia buat dek je sebab dia "kenal pemain dia". Waktu kempen piala malaysia, ramai player perform gila2, terutamanya dari team Kelantan, ATM, Felda & Pahang. Tapi yang pelik bin ajaib bin misteri nya coach kita ni, dipilih jugak player dari team-team yang tak menonjol. Player-player yang tak berapa nak perform dalam saingan liga. Ini lah masalahnya. Cer tengok Singapura, diorang pilih player dari LionsXII, ditambah dengan player berpengalaman tahap Datuk Nenek punya, Aleksander Duric tu. Eksperience dia penting. Tapi malangnya, player otai seperti Hai-O (syukur Alhamdulillah), Inderaputra, Piya, Rezal Zambry dan lain-lain tak diberi peluang. Ape kehenyee yob??

Sudah-sudah cukup sudah.

Rabu ini Harimau Malaya akan turun menentang Laos. Ini bukan lagi team Laos yang bodo-bodo macam dulu (itu pun Malaysia pernah kalah). Laos kali ni lebih mantap, tengok saja macamana gaya main masa lawan Indonesia. Gua takut kalau Harimau Malaya masih menten player sama, dengan cara main yang sama.....memang lauk la dengan Laos nanti. Dan lebih menyayat hati....di hadapan penyokong sendiri (itu pun kalau ada lagi penyokong yang nak pergi tengok lepas result kelmarin)

Amacam Harimau Malaya? Korang pilihlah sama ada nak dijulang sebagai hero, atau terus dihentam di laman sendiri. Dan kepada Mat Yo, rambut elok-elok kaler hitam..nak jadi Avril Lavigne ke pegi kaler merah????

Selamanya Harimau Malaya...elelelelelelelelelleelelele


padan muka, aku tulis panjang-panjang.

0 feedbacks:

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails