Malaysia akan memulakan langkah sebagai juara bertahan dalam kempen Suzuki Cup 2012 di Stadium Bukit Jalil malam ini. Halangan pertama pasukan negara ialah musuh tradisi kita iaitu jiran sebelah rumah, Singapura. Sokongan nampaknya berbelah-bagi sejak kebelakangan ini berdasarkan beberapa keputusan perlawanan persahabatan. Namun semuanya mungkin terlalu awal kerana perlawanan sebenar baru nak bermula. Keputusan sebelum ini mungkin juga disebabkan kurangnya sokongan padu di Stadium.
Apa pun, kita hanya inginkan persembahan bertenaga dari Harimau Malaya malam ini. Saingan menentang Singapura bukanlah mudah kerana mereka ini antara pasukan yang memiliki pemain yang dinaturalisasi (import pak man telo). Kuda tua pun masih beraksi dengan cemerlang, contohnya Pakcik Duric. Kita pun sudah saksikan bagaimana prestasi sebahagian pemain mereka dalam saingan Liga Super bersama pasukan LionsXII.
Ramalan anda?
+ + + + + + + + +
Sambil-sambil menonton bola di Stadium nanti, marilah kita ambil contoh sikap penyokong kelab italy, LAZIO baru-baru apabila mengambil peluang untuk menyampaikan mesej keamanan ketika perlawanan EUROPA League. Malaysia sebagai salah satu negara yang paling prihatin terhadap keadaan di Palestine mungkin boleh ambil peluang semasa AFF Suzuki ini untuk memberikan mesej yang sama.
0 feedbacks:
Post a Comment
Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan