Sunday, June 10, 2012

EURO2012 Group B : Germany vs Portugal

Photobucket

Salam siaran. Tengah malam pulak tu.

Hoi hoya hoi. Musim bola sudah mula. Malam kang..pagi buta, team terpower di bima sakti iaitu Germany akan turun padang main bola dengan team Portugal. Ultras Germany, sudahkah anda bersediaaaaaa?

Photobucket

Siapakah yang bakal menyinar nanti? Mari kita lihat barisan kemungkinan yang akan beraksi beberapa jam lagi.

Germany (yang power) : Manuel Neuer, Jerome Boateng, Per Mertesacker, Holger Badstuber, Philipp Lahm, Sami Khedira, Bastian Schweinsteiger, Thomas Muller, Mesut Ozil, Lukas Podolski, Miroslav Klose

Portugal : Rui Patricio, Joao Pereira, Pepe, Bruno Alves, Migel Veloso, Joao Moutinho, Raul Meireles, Nani, Helder Postiga, Christiano Ronaldo

Seperti biasa, kalau tanya aku prediction aku akan selamba cakap Germany belasah Portugal. Tak payah susah-susah tanya pada ayam, kambing, gajah, zirafah, sotong dan binatang-binatang lain. Germany akan menang 2-0!

+ + + + + + + +

Seperti Ultras-ultras lain di muka bumi ini, mohon enjoy dengan lagu terpower untuk team paling power di galaksi.

Friday, June 8, 2012

CEO Group Lotus Dany Bahar Dipecat!

DRB-HICOM takes over PROTON stakes

DRB-HICOM takes over PROTON stakes

Dalam perkembangan automotif terkini, khabarnya CEO Group Lotus Dany Bahar telah dipecat semalam oleh DRB-HICOM, iaitu pemilik baru PROTON.

Group Lotus has announced the sacking of their CEO, Dany Bahar with immediate effect yesterday.

According to the Business Times Malaysia, the decision to give Bahar his marching orders was made by the Lotus board in an emergency board meeting.

Aslam Farikullah, head of vehicle manufacturing projects for DRB-Hicom, one of the three representatives from DRB-Hicom who were sent to handle and conduct day to day management and affairs at Lotus, has been appointed as the company’s COO.

Berita selanjutnya di CBT.com.my

Thursday, June 7, 2012

A Friendly Reminder to all Non-Football fans

Ole Ole Ole!!

UEFA UERO 2012 is just around the corner. 2 days left till the first kick-off match between co-host nation Poland and Greece. As usual, every 4 years each and every soccer fans worldwide will transform themselves into soccer-freaks, staying up late and cheering for their favourite teams. For some, this is the most anticipated event of their lifetime. So to all other Non-Soccer Fans, please understand and cooperate with us (the Fans). Go go Deutschland!!

Team Juara


This kind reminder is to all non-soccer fans, especially the ladies.

Wednesday, June 6, 2012

FTN Ingin Memohon Maaf Secara Terbuka (Part 2)

Kepada,

Semua pembaca, followers FTN dan rakan-rakan blogger.

Pertamanya marilah kita bersyukur kepada Allah di atas segala nikmatnya. Saya menuliskan surat terbuka ini adalah dengan tujuan untuk memohon maaf kepada semua pembaca dan followers blog it's From The News (FTN) ini kerana beberapa sebab yang akan saya kemukakan di bawah.

Seperti yang kita semua maklum, tidak lama lagi, satu fenomena akan melanda seluruh warga dunia. Fenomena itu bukanlah "Rahsia Tarikh Lahir Anda", ataupun filem terlebih promo "2 Alam" dR. Rozmey dan rambut cecah dahinya. Ini juga bukan fenomena Masterchef Selebriti yang terlebih drama pondan. Fenomena yang dimaksudkan ialah..... temasya EURO 2012 yang bakal bermula Jumaat ini.

Sejajar dengan fenomena sukan terhebat itu, saya ingin memohon maaf sekiranya pihak pembaca merasa bosan dengan kehadiran entri-entri yang menjurus kepada bola sepak, keputusan perlawanan, gambar-gambar dan segala perkara yang relevan dengan bola sepak dunia.

Untuk tidak menghampakan semua, saya akan cuba menyelitkan kisah-kisah gossip isteri-isteri/girlfriend/bekas isteri pemain bola sepak sebagai bahan penarik kaum-kaum lelaki yang tidak tahu tentang perkembangan bola sepak tetapi hanya mahu melihat gambar wanita hot dan menarik.

Abigail Clancy
ini contoh je. Peter Crouch punya tau.

Bagi rakan-rakan pembaca wanita, anda juga tidak ketinggalan untuk menikmati wajah-wajah pemain bola sepak yang handsome sedikit dari admin blog (sila kawal emosi anda), dan jika bernasib baik pada waktu bonus gambar-gambar separuh bogel pemain hebat seperti Christiano Ronaldo, Fernando Torres, Podolski dan lain-lain akan dipaparkan. Kepala botak Robben juga pasti ada. Jangan lupa untuk tekan "save target as" dan jadikanlah wallpaper PC anda.

Christiano Ronaldo
ini contoh saja. contoh tau.

Akhir kalam, sekali lagi saya ingin memohon maaf sekiranya kandungan blog FTN selama sebulan akan datang membosankan, dan tidak memenuhi citarasa pembaca sekalian alam. Jangan lupa menyokong pasukan kegemaran anda walaupun anda tidak tahu nama mereka. Bagi yang menyokong Germany, tahniah kerana anda hebat! Jangan lupa dapatkan jadual perlawanan EURO 2012 dalam format excel (google la..takkan semua aku nak suapkan!) untuk kemudahan anda. Pastikan anda lebih up-to-date dari bos anda!

i'm sorry tauu


Yang benar,
MF
it's From The News


PADAN MUKA, aku selamba recycle entry World Cup aku..haha haha dan haha lagi.





Related Posts with Thumbnails