PUTRAJAYA 4 April – Model baru kereta nasional, Proton Preve berenjin 1.6 liter akan ditawarkan dalam tiga varian berharga antara RM62,000 dan RM75,000 mulai 16 April ini.
Pengarah Urusan Proton, Datuk Seri Syed Zainal Syed Mohd. Tahir berkata, nama Proton Preve dipilih adalah dari perkataan Inggeris “proof” (bukti) dan “to prove” (untuk membuktikan).
Katanya, Preve yang disebut “prey-vey” adalah seiring dengan hasrat Proton untuk mencapai pasaran global dengan nama antarabangsa tersebut.
Menurutnya, tiga varian itu terdiri daripada model menggunakan transmisi manual lima kelajuan dan automatik tujuh kelajuan.
“Proton Preve akan dilancarkan pada 16 April ini oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya kepada pemberita pada acara pandu-uji kereta tersebut, di sini hari ini.
sumber UTUSAN
0 feedbacks:
Post a Comment
Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan