Tuesday, October 18, 2011

Sembang Kereta : City Car by VW Group

Ni mungkin cerita dah basi sket, tapi nak jugak aku jadikan entri. Baru-baru ini gergasi automotif Eropah, Volkswagen memperkenalkan model barunya yang berkonsepkan kereta bandar (city car) yang diberi nama Volkswagen UP! Kereta comel-comel gitew ini mempunyai panjang 3.54m dan lebar 1.64m. FYI, Myvi punya size 3.69m panjang, 1.67m lebar. So VW Up! lebih kompak dari Myvi kesayangan rakyat Malaysia.

Walaupun size nampak macam kecik, tapi VW Up! menjanjikan keselesaan untuk 4 orang dewasa kerana wheelbase yang agak besar iaitu 2.42m. Jadi keluasan interior dimaksimakan sebaik mungkin. Kapasiti boot pun agak besar iaitu 251 liter. Tak boleh bayangkan? sila banding dengan Myvi 2011 yang mempunyai kapasiti boot 208 liter je tau! This is brilliant engineering by the Europeans. Small car with large capacity.

Banyak lagi spesifikasi menarik model VW Up! ni. Rajin-rajinlah buat carian di rakan baik kita Google, dan check it out.

Volkswagen UP!

Photobucket


Photobucket

+ + + + + +


VW Up! ini juga dikeluarkan oleh dua lagi syarikat milik penuh VW iaitu SKODA dan SEAT. Berkongsi platform yang sama, tapi rekaan eksterior diberi sentuhan tersendiri. Ini merupakan perkongsian bijak dari Volkswagen Group untuk mengurangkan kos membuat kereta disamping memperluaskan market mereka.


Skoda Citigo

Photobucket


Photobucket

SEAT Mii

Photobucket


Photobucket

0 feedbacks:

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails