Friday, October 28, 2011

Mari Bantu Bina Masjid Untuk Muslim di Hiroshima

Photobucket

Photobucket


Tahukah anda, Islam semakin berkembang pesat di negara Jepun? Tahukah anda terdapat banyak masjid di kebanyakan bandar utama Jepun? Dan tahukah anda satu lagi Masjid baru bakal muncul di bandar Hiroshima?

Ya kawan-kawan sekalian, setelah sekian lama menanti rakan-rakan muslim kita di Hiroshima bakal mendapat masjid mereka selepas Persatuan Islam Hiroshima (HICC) telah berjaya menang lelongan sebuah bangunan di Taguchi, Higashi Hiroshima City yang bernilan 42 juta YEN. Tetapi mereka perlukan bantuan seluruh rakan-rakan untuk merealisasikan impian ini kerana wang untuk menyelesaikan bayaran masih belum mencukupi. Duit deposit sebanyak 7 juta YEN sudah pun di bayar dan akan lupus sekiranya baki tidak dibayar pada 25 November 2011. Sebanyak 22 juta YEN perlu dikumpul sebelum 24 November akan datang.

Oleh itu, sebagai seorang muslim dan juga bekas pelajar di Jepun aku terpanggil untuk memohon bantuan semua yang membaca entri ini untuk menghulurkan bantuan ikhlas anda dan sebar-sebarkan perkara ini di blog masing-masing. Ini peluang untuk kita melabur "saham" kita untuk akhirat kelak. 

sesungguhnya, sabda Rasulullah S.A.W :
"Sesiapa yang membina sebuah masjid dengan hati yang ikhlas kerana Allah taala nescaya Allah akan membina sebuah rumah di syurga."

Untuk maklumat lanjut boleh layari laman Facebook "Appeal For Hiroshima Masjid". Bagi mereka di Malaysia boleh menderma kepada nombor akaun yang tertera di gambar atas. Kalau nak bank-in terus ke Akaun Yu-bin di Jepun pun boleh. 

p/s : tempat aku belajar dulu tidak ada peluang merasa masjid. kami solat Jumaat pun di dewan Universiti bersama pelajar-pelajar Mesir & Indonesia. Tapi sempat juga ziarah masjid di Nagoya, Gifu, Tokyo, dan Osaka.

maaf sedikit lambat, aku ada masalah dgn uploading pics sbb quota internet dah habis. Harap masih belum terlambat untuk mewar-warkan perkara ini. better late than never 

1 feedbacks:

Eraine Creative said...

salam,
mohon syerkan juga jualan tshirt amal untuk tabung projek Masjid Hiroshima.
Rujuk di laman: http://bit.ly/hiroshimamasjidcharitytshirt

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails