Friday, April 29, 2011

Data Peribadi online Gamers di Playstation Network Dalam Bahaya


Dah beberapa hari jugak berita ni. Ingatkan melibatkan sesetengah area je, rupanya seluruh dunia. 77juta pengguna Playstation Network sedang menghadapi risiko data peribadi mereka dicuri oleh penjenayah siber. Ini melibatkan maklumat diri, dan paling penting sekali maklumat kad kredit. Jadi kepada sesiapa yang ada menggunakan Playstation Network

lanjutkan info ke sini dan ke sini

Thursday, April 28, 2011

Hero-hero Android

Photobucket


Ada paham?

+ + + + + + +

UPDATE 29th April :
Kepada yang tak faham, watak "FLASH" tiada. Maksudnya iPhone tak boleh bukak Flash!

Cerita Pasal Android

Entri ini ditaip dengan kelajuan 62 perkataan/minit untuk memaksimakan masa terluang yang terhad.

Lama tak tulis entri secara serius. Maknanya, aku menaip betul-betul dan bukan copy paste link video etc. Since aku terjumpa masa terluang sikit, aku nak tulis pasal Android. Pasal smartphone la kiranya. Aku dah beralih arah dari menggunakan windows mobile ke Android hujung tahun lepas. Mungkin teruja pasal sebelum itu, aku belikan phone Android untuk wife. Lepas godek-godek, makin berminat pulak nak dapatkan satu untuk diri sendiri. Tak minat sangat iPhone (walaupun menarik), tapi sebab tak nak sama dengan orang lain lalu pilih Android juga.

Model phone tak payah la cite. Tapi bukanlah generasi baru yang ada dual core tetapi salah satu model yang popular tahun 2010. Masih belum root dan install custom rom, sebab belum datang seru. Jadi aku nak share beberapa apps yang aku suka guna sejak beberapa bulan ini dan mungkin berguna kepada korang juga.

1. Obenkyo
Ini aku paling suka. Apps untuk belajar tulis Jepun. Termasuk Hiragana, Katakana dan Kanji sekali (Level 1-4 JLPT : Japanese Language Proficiency Test). Lengkap dengan kuiz, flash card, maksud dan cara menulis Kanji step by step.

Rating : 4/5 kuih karipap

Photobucket
source pic

2. Juice Defender Ultimate
Salah satu apps untuk kawal penggunaan battery smartphone korang. Sejak aku guna apps ni, dapat experience power saving dan full charge battery aku (lepas cabut charger) boleh pegi sampai 40hours. Ini kalau fulltime on standby and guna a few phonecall saja. Aku jenis on 3G bila nak guna saja, so secara kasar penggunaan phone boleh tahan at least 1 full day, sebab 6pm onwards aku dah on WIFI je, so kurang penggunaan battery. Overall, memang ada perbezaan sebelum dan selepas guna Juice Defender.

Rating : 3.4/5 kuih karipap

Photobucket
source pic

3. SMS Backup +
Apps untuk backup SMS, MMS dan Call Log di Gmail akaun korang. Very useful. Sekarang ni aku set auto-backup bila ada WIFI connection. Jadi incase apa-apa berlaku, history SMS ada di Gmail dan masih boleh track balik apa-apa information penting. Gambar-gambar MMS pun semua ada attach sekali.

Rating : 4.5/5 kuih karipap

Photobucket
source pic 


Ada banyak lagi apps. Tapi masa tak cukup. Lain kali aku share lagi. Pada aku Android ni bagus sebab berkait dengan Google. Banyak benda yang boleh sync especially dengan Gmail, Calendar, Contacts, Chrome. Jadi kalau apa-apa berlaku, no telefon semua ada di Gmail.

Oh gambar semua aku copy. Since phone aku tak root lagi, takleh amik screenshot. Wakakaka
Ok itu saja. Bai.

Wednesday, April 27, 2011

Kome Dah Submit E-Filing ke Belom?


30 April 2011 tarikh luput woi! 



Tuesday, April 26, 2011

Imran tolak wanita bogel Imran tolak wanita bogel

Photobucket

Tajuk sangatlah penting, sampai perlu diberi penekanan sebanyak dua kali. Especially bila ada perkataan bogel, KOSMO pun ada kala nak lawan Harian Metro juga. Jadi anda tidak silap, memang Imran tolak wanita bogel Imran tolak wanita bogel. Macam chorus lagu yang perlu di ulang 2x.

Hujah Yang Mungkin Ada Betulnya

"Bila manusia sanggup menjadi broker penggadai KalimahNya semata-mata untuk keuntungan politik, tunggulah Allah akan buka aibnya satu persatu…"

Sunday, April 24, 2011

[Video] Najwa Mahiaddin - Got To Go


Superb. First time dengar, aku ingat lagu ini dinyanyikan oleh artis luar negara. Catchy abis. Tapi jangan tak tahu, ini lagu Najwa Mahiaddin bertajuk Got To Go. Video Clip pun sempoi habis. Watch in HD for best quality. Apa lagi..layan la lagu ni.. Go Go Go Go Go Goooo



Saturday, April 23, 2011

Merong Maha Wangsa





AKU BELUM TENGOK LAGI WOI!

Maharaja Lawak Minggu ke-4 : Jozan & Tabung Masjid


Nice jugak konsep lawak yang Jozan buat dalam Maharaja Lawak Minggu ke-4. Something different. Cuba lari dari lawak biasa diorang. Tapi mmg gaya pesalah diorang jadi.

Friday, April 22, 2011

Kesian Amir. I'm sorry to say


Malam ni pusingan ke-4 Maharaja Lawak. Cukuplah saudara Amir. Daripada dia kena kutuk abis-abisan tiap minggu, lebih baik tak payah undi Amir. Tang mana yang Maharaja Lawak ada kat Amir ni pun aku tak tahu. Tu pun dapat masuk sebab dia finalist sebelum ini. Apek pun dah bagi hint dah. Memang kelaut pun. Senyap sunyi studio. Kalau kat hutan, dah boleh dengar bunyi unggas, bunyi siamang, burung gagak semua sekali. Ini pertandingan der, kalau macam ni performance dia (since Raja Lawak pun sama gak), macamana nak jadi pelawak berkualiti? Nanti jadi level "lawak senario" je beb!

Kesian jugak dengan Amir ni. 

Monday, April 18, 2011

Nak Bikin Flim Bukuit Kepuing Kena Ada Cek Ribu-ribu

Photobucket

Tak pasti kenapa masih ada orang suka tulis pasal earnings. Aku tak nampak pun entri macam tu sebagai satu "motivasi" kepada blogger baru. Dari sudut macamana aku tengok sekali pun, memang tak nampak. Mungkin motivasi kepada yang gila duit kut.

IMHO, aku rasa entri-entri macam tu dah tak relevan. Boleh menimbulkan fitnah serta unsur riak dalam diri sendiri. Apa yang kita dapat tu, rezeki masing-masing. Kalau niat nak bersedekah, sila lah ke masjid. Tak gitu?

Kthnxbai. #EhTerasaKe

Photobucket

Tak Boleh Terima Dek Akal Aku

Ok, kembali menulis perkara serius. Ini betul-betul serius. Serius lawak. Pada aku, ini antara lawak bangang yang paling berjaya menggeletek jiwa aku. Aku memang tak boleh terima pelawaan MLM. Aku cukup tensyen kalau ada kawan yang tipu ajak keluar tetiba semata-mata nak promote MLM dia. Tak kiralah apa jenis produk sekali pun, kalau ada unsur cari downline semua tu, aku tak berminat. Aku lebih rela kerja makan gaji, tak perlu dengan godaan pakai kereta sports, pakai bowtie kaler merah, lepas tu posing dengan tanda bagus depan banglow besar-besar. 

Nak dijadikan entri, aku ada terima satu so called "brochure" satu produk yang "bangang nak mampus tapi aku tak tau kenapa mamat ni boleh taksub dan percaya serta sibuk promote kat ofis". Sampai satu tahap aku rasa malu dengan bangsa sendiri yang boleh percaya dengan mudah penipuan yang jelas.

Korang tengok sajalah gambar-gambar ni dan nilaikan. Nak gelak pun boleh, especially cara-cara mengubati "erectile disfunction" tu..kahkah.

Photobucket

Photobucket
Photobucket


Lawak cam gampang kan? Ape kejadah Lampu Suluh biasa pun korang boleh kena tipu? There's no such thing as whatever that "thing" they are selling. Ini terang-terangan SCAM!!! Suluh kat Makanan untuk energize? Siap ada Heineken Beer tu kat gambar tuuu..

Sakit teloq? Suluh je celah kangkang..ape kejadah tu woi! Ingat semudah itu ke? Nanti Dr Ismail Thambi nak cari makan macamana? Hidung tersumbatlah...ehhh tak susah, tak payah makan ubat..suluh je kat lubang hidung!! Wakakaka..

Paling klimaks lawak bila air yang sudah disuluh, boleh gantung keliling tong gas untuk penjimatan sehingga 80%!! Gila babi dah macam enjin hybrid pulak boleh jimat-jimat ni. Bil TNB mahal sangat? Tak susah pun, letak je atas tu, dapat jimat 40%! Kahkahkah

Serius weh. This is EPIC LOL! Kalau ada yang baca ni jadi agen, minta maaf banyak-banyak..tapi aku sarankan korang kembali ke dunia yang nyata. Balik minum air Zam-zam sudah. Jauh lebih baik dari "air lampu suluh" korang ni. 

Photobucket


Anti MLM. Kthnxbye.

Monday, April 11, 2011

Jadi Rakan Cop Secara Tiba-tiba

Photobucket

Monday, April 4, 2011

USOP WILCHA Lebih Popular Dari Hantu Khurafat


Walaupun kutipan filem Hantu Kak Limah Balik Rumah tidak sehebat filem Khurafat, tapi sememangnya Usop Wilcha jauh lebih popular dari Hantu Khurafat. Sampai diberi penghormatan umumkan pemenang Bintang Popular semalam. Tengok jer ler video semalam tu. Bukan main havoc bila Usop suruh angkat tangan macam sayerr..Agak-agak David Teo angkat tangan macam tu tak?

Usop Wilcha memang kasi happening semalam. Lepas tu terus tutup tv, Siti? err no thanks

Friday, April 1, 2011

Gotta get down on Friday

Photobucket

Related Posts with Thumbnails