Thursday, April 28, 2011

Cerita Pasal Android

Entri ini ditaip dengan kelajuan 62 perkataan/minit untuk memaksimakan masa terluang yang terhad.

Lama tak tulis entri secara serius. Maknanya, aku menaip betul-betul dan bukan copy paste link video etc. Since aku terjumpa masa terluang sikit, aku nak tulis pasal Android. Pasal smartphone la kiranya. Aku dah beralih arah dari menggunakan windows mobile ke Android hujung tahun lepas. Mungkin teruja pasal sebelum itu, aku belikan phone Android untuk wife. Lepas godek-godek, makin berminat pulak nak dapatkan satu untuk diri sendiri. Tak minat sangat iPhone (walaupun menarik), tapi sebab tak nak sama dengan orang lain lalu pilih Android juga.

Model phone tak payah la cite. Tapi bukanlah generasi baru yang ada dual core tetapi salah satu model yang popular tahun 2010. Masih belum root dan install custom rom, sebab belum datang seru. Jadi aku nak share beberapa apps yang aku suka guna sejak beberapa bulan ini dan mungkin berguna kepada korang juga.

1. Obenkyo
Ini aku paling suka. Apps untuk belajar tulis Jepun. Termasuk Hiragana, Katakana dan Kanji sekali (Level 1-4 JLPT : Japanese Language Proficiency Test). Lengkap dengan kuiz, flash card, maksud dan cara menulis Kanji step by step.

Rating : 4/5 kuih karipap

Photobucket
source pic

2. Juice Defender Ultimate
Salah satu apps untuk kawal penggunaan battery smartphone korang. Sejak aku guna apps ni, dapat experience power saving dan full charge battery aku (lepas cabut charger) boleh pegi sampai 40hours. Ini kalau fulltime on standby and guna a few phonecall saja. Aku jenis on 3G bila nak guna saja, so secara kasar penggunaan phone boleh tahan at least 1 full day, sebab 6pm onwards aku dah on WIFI je, so kurang penggunaan battery. Overall, memang ada perbezaan sebelum dan selepas guna Juice Defender.

Rating : 3.4/5 kuih karipap

Photobucket
source pic

3. SMS Backup +
Apps untuk backup SMS, MMS dan Call Log di Gmail akaun korang. Very useful. Sekarang ni aku set auto-backup bila ada WIFI connection. Jadi incase apa-apa berlaku, history SMS ada di Gmail dan masih boleh track balik apa-apa information penting. Gambar-gambar MMS pun semua ada attach sekali.

Rating : 4.5/5 kuih karipap

Photobucket
source pic 


Ada banyak lagi apps. Tapi masa tak cukup. Lain kali aku share lagi. Pada aku Android ni bagus sebab berkait dengan Google. Banyak benda yang boleh sync especially dengan Gmail, Calendar, Contacts, Chrome. Jadi kalau apa-apa berlaku, no telefon semua ada di Gmail.

Oh gambar semua aku copy. Since phone aku tak root lagi, takleh amik screenshot. Wakakaka
Ok itu saja. Bai.

0 feedbacks:

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails