Ok, kembali menulis perkara serius. Ini betul-betul serius. Serius lawak. Pada aku, ini antara lawak bangang yang paling berjaya menggeletek jiwa aku. Aku memang tak boleh terima pelawaan MLM. Aku cukup tensyen kalau ada kawan yang tipu ajak keluar tetiba semata-mata nak promote MLM dia. Tak kiralah apa jenis produk sekali pun, kalau ada unsur cari downline semua tu, aku tak berminat. Aku lebih rela kerja makan gaji, tak perlu dengan godaan pakai kereta sports, pakai bowtie kaler merah, lepas tu posing dengan tanda bagus depan banglow besar-besar.
Nak dijadikan entri, aku ada terima satu so called "brochure" satu produk yang "bangang nak mampus tapi aku tak tau kenapa mamat ni boleh taksub dan percaya serta sibuk promote kat ofis". Sampai satu tahap aku rasa malu dengan bangsa sendiri yang boleh percaya dengan mudah penipuan yang jelas.
Korang tengok sajalah gambar-gambar ni dan nilaikan. Nak gelak pun boleh, especially cara-cara mengubati "erectile disfunction" tu..kahkah.
Lawak cam gampang kan? Ape kejadah Lampu Suluh biasa pun korang boleh kena tipu? There's no such thing as whatever that "thing" they are selling. Ini terang-terangan SCAM!!! Suluh kat Makanan untuk energize? Siap ada Heineken Beer tu kat gambar tuuu..
Sakit teloq? Suluh je celah kangkang..ape kejadah tu woi! Ingat semudah itu ke? Nanti Dr Ismail Thambi nak cari makan macamana? Hidung tersumbatlah...ehhh tak susah, tak payah makan ubat..suluh je kat lubang hidung!! Wakakaka..
Paling klimaks lawak bila air yang sudah disuluh, boleh gantung keliling tong gas untuk penjimatan sehingga 80%!! Gila babi dah macam enjin hybrid pulak boleh jimat-jimat ni. Bil TNB mahal sangat? Tak susah pun, letak je atas tu, dapat jimat 40%! Kahkahkah
Serius weh. This is EPIC LOL! Kalau ada yang baca ni jadi agen, minta maaf banyak-banyak..tapi aku sarankan korang kembali ke dunia yang nyata. Balik minum air Zam-zam sudah. Jauh lebih baik dari "air lampu suluh" korang ni.
Anti MLM. Kthnxbye.
3 feedbacks:
lama x dak entry macam ni
merapik. sapa la pi percaya, muhong ya amat.
ada sorang kezen aku jadi agent biodisk ni, mahal, lam 3000 dia labur. dia dok pi ngubat sana, ngubat sini, katanya lega guna ayaq biodisk tu. mata dia hat rabun pun jadi elok balik. yang syok, ustaz dia jadi upline.
dok pi kursus, kata buleh jadi jutawan, hartawan..
pastu la ni? habuk pun tarak!
Biar betul mlm macam ni, lawak nya hahaha
hahaha... betol lah merepek..siap suluh celah kangkang... siallah sapa jual benda merepek ni...memang la jimat elektrik. tutup suma lampu pastu guna torchlight tu dalam umah...tungau mati x kena suluh? hahahahaha
Post a Comment
Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan