Monday, February 28, 2011

Macamana Tak Traffic Jam Hari-hari Kak, kalau..

gambar aku selambe recycle

Jumlah kenderaan yang berdaftar di Malaysia sehingga tahun 2010 sudah mencecah 21.25 juta! Peningkatan sebanyak 11.74% daripada tahun 2009 iaitu 19.01 juta kenderaan. Ini termasuk semua jenis pengangkutan iaitu Lori, Bas, Motosikal, dan juga Traktor.

Kuala Lumpur tops the list, dengan 4.9juta kenderaan diikuti oleh Johor sebanyak 2.9juta. Selangor dan Pulau Pinang masing-masing sebanyak 2.4juta dan 2.2juta buah kenderaan.

+ + + + + + +

Mana tak jem oi..!

tukar topik :
Situasi keluarga sekarang.
Bapak bekerja. Mak pun bekerja. Anak yang dah bekerja pun ada, yang belajar di Universiti pun ada. Belum kira yang sekolah menengah lagi tu.
Bapak satu kereta, Mak pun satu kereta. Anak yang kerja kat bank tu pun satu kereta, yang kat Universiti pun ada kereta..at least Viva sebijik. Yang sekolah menengah pun nak pakai motor..rempit la katakan.
Kat situ aje dah 5 buah kenderaan. Kalau ada 10 keluarga produktif macam ni? dah ada 50 biji kereta. 

Fuihh...dashattt..dashatttt. Takkan nak suruh aku buat vlog pasal ni? Tak pasal-pasal wehh..hahaha


SOURCE : data dirujuk dari Motortrader.com.my

Wednesday, February 23, 2011

Soalan!

Photobucket




Berapa ramai di kalangan korang yang menggunakan Android?
Device apa yang korang guna? Nak survey skettt!

#TahiTwitter ?

Photobucket


Hari ni ramai marah pasal UberTwitter ke ape ntah. Sebab apps tu kena banned rasanya. Sampai ada yang twit kata "I could die without UberTwitter". Apps lain tak best la, dan macam-macam lagi.

Relax lah. Itu baru apps je kena banned. Cuba kalau twitter tu sendiri dah takde. Korang mati ke? Agak-agak la pun. Sepatutnya lagi bagus kalau takde. Sebab boleh kembali ke "dunia" asal, spend time doing other things yang lebih baik, enjoy going out..meeting friends. Much much better daripada sembang depan skrin je.

Bak kata pepatah, jangan la jadi #tahitwitter

Thursday, February 17, 2011

Kembali Bersiaran

Welkam bek to myself.

First of all, terima kasih buat Broframestone atas entri ini, dan kepada semua yang memberi ucapan tahniah di twitter, facebook, sms dan sebagainya. 

So dah tahu kenapa aku abaikan kejap blog okkeiy?

Tanggungjawab dah bertambah, jadi aku kena susun atur kembali priority aku. Zaman teknologi ni tumpuan kita mudah terganggu. Sedar tak sedar kita lebih menghabiskan masa di hadapan PC daripada bersama keluarga tersayang. Even kalau tidak di hadapan PC pun, tangan kita masih menggenggam handphone (a.k.a PC kecil) tak kira sewaktu makan, tido dan tak lupa masa tengah berak. Kronik sungguh.

Membuatkan aku terfikir. Apa yang aku cari dalam dunia tanpa sepadan ini?

Duit?
Populariti?

Entahlah. Aku risau.

Wednesday, February 2, 2011

PROTON Satria Neo S2000 Beraksi Dalam Top Gear S16 Episode 2

Guest what.

PROTON Satria Neo S2000 rally cars muncul dalam Top Gear Season 16, episod 2 yang baru ditayangkan pada 30 Januari 2011 lepas. Dalam episod itu, team Top Gear UK iaitu Jeremy Clarkson, Richard Hammond, dan James May mencabar team Top Gear Australia dalam beberapa siri perlumbaan.

Memang kelakar episod kali ni, bila TGUK arrange perlumbaan yang unik dengan peraturan yang mostly berat sebelah kepada team UK. Tapi the one that gets the most attention is the final race. Perlumbaan rally di UK, dengan menggunakan 2 jentera PROTON Satria Neo S2000 (the actual rally car).

Apa pun, episod kali ini mmg best dan kelakar. But the final rally race was awesome. Memang power diorang handle rally cars. Btw, The Stig yang pandu S2000 tu aku rasa macam Ken Block la, looking at the way dia amik cornering..which reminds me of Gymkhana punya clip.

Ini ada sedikit screen shots aku amik masa tengok semalam.

Photobucket
Jeremy Clarkson tengah explain next race kat Hammond

Photobucket
Team TG Australia in action

Photobucket
it's a PROTON!!

Photobucket
Yang ni TG UK, tengok United Kingdom kat cermin depan tu

Photobucket
another shot of the Neo S2000

Meh layan video pula


Mantap! Proud to see the PROTONs again in Top Gear. This time it's pure action. Takde komen-komen bodoh dari J.C

Related Posts with Thumbnails