Saturday, October 8, 2011

Sembang Kereta : Spesifikasi PROTON Exora Star

Salam 1Jumaat. Sembang kereta kembali lagi. PROTON Exora Star? Ape kejadah kah itu?
Sebenarnya tuan-tuan, dan puan-puan sekalian. Exora Star merupakan satu variant PROTON Exora untuk pasaran Indonesia. Basicly PROTON Exora Star ini bukanlah satu variant khas. Walaupun nama STAR digunakan, ia sebenarnya model entry level untuk Exora di Indonesia. Dengan kata lain, model Standard di Malaysia. Variant ini mendapat sambutan hangat di Indonesia kerana harganya yang sangat kompetitif berbanding pencabar terdekatnya seperti Toyota Avanza dan Toyota Kijang (Innova).

Ini dibuktikan dengan laporan dalam UTUSAN MALAYSIA hari ini, di mana ia melaporkan PROTON Exora Star laris di Indonesia dan menerima 200 unit tempahan untuk model tersebut. Waiting period pula sudah mencecah 2 bulan. Ya kawan-kawan, 200 unit boleh dikatakan pencapaian yang hebat, kerana umum tahu Toyota memonopoli market MPV di Indonesia. Mungkin PROTON akan menambah jumlah eksport ke Indonesia selepas perkembangan terbaru ini.



Proton Exora Star laris di Indonesia

JAKARTA 6 Okt. - Sambutan luar biasa rakyat Indonesia terhadap model kereta Exora Star menyebabkan Proton Edar Indonesia tidak menang tangan melayan permintaan.
Buat kali pertama dalam sejarah Proton yang mula bertapak secara rasmi di negara ini pada 2007 menerima tempahan 200 buah model Exora Star (versi Indonesia) yang hanya mampu diserahkan kepada pelanggan dalam tempoh dua bulan.
Menurut Pengurus Besar Pemasaran PT Proton Edar Indonesia, Mazlan Mohd Zain, permintaan tinggi terhadap model Exora Star disebabkan oleh harga yang ditawarkan di negara ini sangat kompetitif jika dibandingkan dengan kereta-kereta jenama lain.

+ + + + + + +

Sebagai rujukan ini aku sertakan senarai harga variant PROTON Exora, TOYOTA Avanza dan TOYOTA Kijang. Nampak PROTON bersungguh nak memecah monopoli TOYOTA di Indonesia.

PROTON Exora
Exora Star M/T = Rp 154,000,000
Exora ML M/T = Rp 184,000,000
Exora Executive A/T = Rp 194,000,000
Exora Supreme A/T = Rp 220,000,000
Exora President M/T = Rp 350,000,000
Exora President A/T = Rp 360,000,000

Photobucket
PROTON Exora President
TOYOTA Avanza
Avanza 1.3 E Manual = Rp 145,000,000
Avanza 1.3 E Automatic = Rp 155,825,000
Avanza 1.3 G Manual = Rp 161,400,000
Avanza 1.3 G Automatic = Rp 172,225,000
Avanza 1.5 S Manual = Rp 174,000,000
Avanza 1.5 S Automatic = Rp 184,825,000

TOYOTA Kijang/Innova
Innova J Bisnis = Rp 193,250,000
Innova J Manual = Rp 204,400,000
Innova E Manual = Rp 230,400,000
Innova E Automatic = Rp 244,100,000
Innova G Manual = Rp 249,950,000
Innova G Automatic = Rp 264,250,000
Innova G Manual Luxury = Rp 260,250,000
Innova G Automatic Luxury = Rp 274.550,000
Innova V Manual = Rp 287,900,000
Innova V Automatic = Rp 302,200,000
Innova V Manual Luxury = Rp 297,450,000
Innova V Automatic Luxury = Rp 311,750,000

FOREX : RM1 = 2879 Rp

p/s : Mungkin akan bertambah laku sales PROTON di Indonesia bila Miss Universe pun singgah melawat PROTON EDAR Indonesia 


source : Utusan Malaysia, Autobildindonesia, gambar sumber carian Google

1 feedbacks:

Lazyf said...

Exora STAR tuh Exora Baseline kot...

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails