Saturday, April 17, 2010

Oh Seronoknya Mereka di Times Square!~ ada Gatsby Deodorant Street Fair

Seronoknya semua Nuffnangers menuju ke Times Square!

Wah, pasti seronok mereka yang dapat ke Berjaya Times Square hari ini. Sudah tentu untuk bersama-sama mencipta rekod. (dari maklumat di blog Eyriqazz rekod sudah dicipta - 512 bloggers) Tahniah kepada semua bloggers yang berkumpul di sana. Bro Eyriqazz siap buat live update. Hebat gitu. Malangnya aku tiada berita nak disampaikan. Jauh di selatan tanah air sekarang. Seronok membaca posting-posting rakan nuffnangers lain.

Apa pun, kepada yang masih belum tahu. Masih sempat lagi kepada mereka yang berada di Kuala Lumpur. Ramai-ramai memeriahkan acara Gatsby Street Fair itu. Kalau tengok gambar-gambar di blog Eyriqazz memang ramai! Semua berbaju merah (tak ada kena mengena dengan kes di Bangkok ya!)

p/s: ari ni mesti kurang trafik siang hari..sebab ramai geng-geng bloggers di sana~

Sudah Cuba FormSpring FTN?

Related Posts with Thumbnails