Showing posts with label Gatsby. Show all posts
Showing posts with label Gatsby. Show all posts

Saturday, April 17, 2010

Oh Seronoknya Mereka di Times Square!~ ada Gatsby Deodorant Street Fair

Seronoknya semua Nuffnangers menuju ke Times Square!

Wah, pasti seronok mereka yang dapat ke Berjaya Times Square hari ini. Sudah tentu untuk bersama-sama mencipta rekod. (dari maklumat di blog Eyriqazz rekod sudah dicipta - 512 bloggers) Tahniah kepada semua bloggers yang berkumpul di sana. Bro Eyriqazz siap buat live update. Hebat gitu. Malangnya aku tiada berita nak disampaikan. Jauh di selatan tanah air sekarang. Seronok membaca posting-posting rakan nuffnangers lain.

Apa pun, kepada yang masih belum tahu. Masih sempat lagi kepada mereka yang berada di Kuala Lumpur. Ramai-ramai memeriahkan acara Gatsby Street Fair itu. Kalau tengok gambar-gambar di blog Eyriqazz memang ramai! Semua berbaju merah (tak ada kena mengena dengan kes di Bangkok ya!)

p/s: ari ni mesti kurang trafik siang hari..sebab ramai geng-geng bloggers di sana~

Sudah Cuba FormSpring FTN?

Friday, April 16, 2010

Esok Ada Gatsby Deodorant Street Fair di Berjaya Times Square, Tapi...


Esok hari Sabtu. Hari Sabtu yang bertarikh 17hb April 2010. Apa kena mengena semua itu? Ya kawan-kawan, esok akan berlansung satu acara yang meriah dan gilang-gemilang di Berjaya Times Square! Acara apa lagi, sudah tentu Gatsby Deodorant Street Fair yang sedang hangat diperkatakan itu!

Banyak acara-acara best bakal diadakan. Dengarnya lebih 400 bloggers akan berada di sana. Acara itu juga dengarnya bakal dicatatkan dalam Malaysia's Book of Records sebagai acara yang mengumpulkan paling banyak bloggers! Pendaftaran bermula seawal jam 9.00 pagi, jadi jangan lupa datang awal. Kalau tak nak tunggu sampai pukul 5 petang, bloggers boleh pulang awal sebaik saja kiraan untuk Malaysia's Book of Records selesai.

Sungguh Fun bukan?? Itu baru baca saja, agaknya esok pasti meriah. Tapi aku tak dapat menghadirkan diri. Sudah 2 kali event Nuffnang yang aku tak dapat join. Timing selalu tak kena. Sedih sedih..tapi apakan daya. Tak ada rezeki untuk turut serta. Kena tunggu event lain selepas ini pula.

Jadi terpaksa la aku tunggu untuk baca laporan di blog-blog korang semua tentang kemeriahan acara itu..

relax der..jangan sedey sangat..lepas ni confirm 
banyak lagi event dari Nuffnang


p/s : kalau lihat di komen-komen nuffnang, tidak digalakkan membawa anak-anak kecil. Street fair ini "not child friendly". Mungkin terlalu ramai..risau ada yang hilang anak pula. Apa pun kepada yang pergi, selamat bergathering!


Dah cuba FormSpring FTN?

Thursday, March 25, 2010

I’m going to the Gatsby Deodorant Street Fair

Not sure if this entry is still valid. But who knows. I'm going to the Gatsby Deodorant Street Fair!! Wehhhuuu!! Banyak hadiah menarik untuk dimenangi dalam lucky draw juga!! (Itu yang best tu) All that worth up to RM15,000. OMAIGATT!

Truly looking foward on the fun games especially Sumo Wrestling! Boleh feel macamana Akebono, Ashasyoryu beraksi di gelanggang sumo. Walaupun dalam air bag suit..hehehe. Bukan itu saja, banyak lagi game lain. Korang seolah-olah berada dekat fun-fair tuh! Gladiator battle lah, silap-silap baling tin pun ada..Hoh!

Oh so comel! Hahaha



More info on the street fair :

Date: 17th April 2010
Time: 10 am – 5 pm
Venue: Front Foyer, Ground Floor, 
Berjaya Times Square, Kuala Lumpur


for more info , just go here http://www.gatsby.com.my/streetfair

p/s : gagal kali ini tidak semestinya gagal selamanya..wakakaka :D

Related Posts with Thumbnails