Tuesday, November 23, 2010

(PARODY) Reaksi dR Rozmey dengan kutipan filem 2 Alam - Day 1



Hitler parody is just AWESOME. Rambut pun ada iras-iras. Memang pedas! Hari ni lupa nak beli Metro/Kosmo.. so tak tahu kutipan hari ke-2 berapa banyak. Mungkin dah cecah RM5 juta barangkali. Banyak juga duit dr Rozmey dan rakan-rakan beli tiket banyak-banyak tapi panggungnya kosong! Hahaha

Pecah perut lawak Hitler ni.

//credit to whoever created this funny video.

Saturday, November 20, 2010

Kenapa Aku Tak Nak Tengok Filem 2Alam

Tonton 2 Alam di panggung? No way man!
  1. Ada lagi banyak filem tempatan yang jauh lebih bagus dari 2 Alam.
  2. Menyampah dengan iklan gaya bongkak dan berlagak dR Rozmey.
  3. Boleh download filem 2 Alam tak lama nanti, itu pun belum tentu nak download lagi.
Sorry dR Rozmey (entah kenapa mesti d huruf kecil), ini semua salah kamu. Kalau kamu bersikap low-profile seperti penerbit filem lain di Malaysia, aku tak ada masalah lansung nak pergi tengok filem di panggung wayang. Tapi selepas apa yang kamu dah buat, aku lebih rela bayar RM10 dan tonton filem Appalam dalam bahasa tamil di panggung wayang.


Photobucket
nak gelak ketawa? klik untuk tumbesaran pecah pungkoq


Tsunami? Gegak gempita? RM40 Juta? Tolonglah balik ke pangkal jalan. Nak buat bisnes biarlah relevan sikit. Better tumpukan kepada bisnes Jusmate5 anda. Serahkan industri perfileman kepada yang pakar. 

Lepas ni apa? Pamela Anderson?... aku rasa ko maksudkan Lana Nordin kan? Hahahaha

Photobucket

Kthxbye.

Friday, November 19, 2010

Sudah 18 Nov..Saya Takut, Saya Risau

18 Nov 2010.
tarikh yang paling aku takuti. Kenapa? biar aku terangkan.

Ok aku tipu. Sila rujuk entri post berikut. 18 Nov tarikh tsunami melanda panggung wayang Malaysia (kononnya). Fenomena pecah panggung yang bakal mengubah sejarah perfileman Malaysia (kononnya). Situasi gegak gempita di semua lokasi tayangan filem 2 Alam (kononnya).

Risau juga, kalau
  1. Takde orang pergi majlis kenduri kahwin akibat beramai-ramai ke panggung. Sampai ketua kampung pun buat rombongan pergi penuhkan panggung 8 slot sehari. Nak capai cita-cita RM40juta
  2. Takde orang pergi tengok tapi keluar berita/headline/iklan di Metro "Hari pertama kutip RM8juta, gegak gempita panggung di Jitra" dan sebagainya.
Photobucket

Tanpa Pamela Anderson pun dah sasar RM40 juta, kalau ada Pamela Anderson aku rasa paling kurang RM85 juta doktor ni sasar kut.

Related Posts with Thumbnails