Showing posts with label gambar. Show all posts
Showing posts with label gambar. Show all posts

Thursday, November 17, 2011

Model Terbaru PROTON Leaked Spyshot! Inikah P3-21A?

Mula-mula PROTON kasi tunjuk concept car mereka di KLIMS 2010. Dari situ peminat automotif tempatan dah mula menunjukkan minat kepada model terbaru yang dikatakan "pengganti Persona" yang bakal muncul awal 2012. Blog-blog mula membincangkan tentangnya. Gambar spyshot bertubi-tubi keluar web. Jumpa saja di atas jalan...SNAP, send to blog. Zasss bersepah komen-komen. Tak kira yang baik dan banyak juga yang memberikan kata-kata negatif. Ada peminat PROTON, ada basher PROTON.

Kemudian ada statement mengatakan model terbaharu itu sebenarnya bukanlah "Pengganti Persona", sebaliknya ia dikelaskan di antara model Persona Elegance sekarang & Proton Inspira. Sejak itu, tersebar code projek itu iaitu P3-21A. P3-21A merupakan model terkini (complete new model) daripada PROTON yang bakal menjadi produk global pertama syarikat itu. Seperti yang dikatakan oleh Managing Directornya sebelum ini, P3-21A akan menjadi model pertama yang dieksport ke pasaran Eropah. Jadi model ini akan direka dan dilengkapi dengan ciri-ciri global dan bersesuaian untuk bersaing di pasaran yang lebih luas.

Dikhabarkan model ini akan muncul suku pertama tahun hadapan. Bermakna tinggal beberapa bulan saja lagi. Tapi sementara itu, kita imbas kembali imej-imej dan spyshot kereta ini :




+ + + + + + +

Dan ini paling terkini. Sejak 1-2 hari ini sudah tersebar sekeping gambar "pukul curi" model P3-21A. Kali ini tanpa sebarang tampalan, dan jelas kelihatan seperti sebuah kereta yang hampir lengkap atau "production car". Gambar ini telah menjadi perbualan hangat di merata-rata blog automotif lain dan responnya amatlah luarbiasa. Nampaknya model ini dah mengembalikan "hype" dan excitement seperti waktu Proton Exora dulu. 

Dari info-info yang saya kutip dari blog-blog lain, warna kuning itu bukanlah warna final, kerana ia bertujuan untuk dihantar ke ujian crash test. Biasanya kereta-kereta yang dihantar ke ujian crash test di cat dengan warna kuning. Ya, ramai buat lawak mengatakan Myvi SE warna Kuning sebab crash test dijalankan oleh para pembeli <-- #LAMEJOKE (Lamborghini pun kaler Kuning lah weh!)

Apa pun, tengok jelah Spyshot yang tengah hangat di pasaran ini, dan bandingkan dengan gambar-gambar sebelum ini. Teringin juga nak baca komen-komen korang tentang kereta ini. Bagi aku, selagi tak tengok secara overall, aku sukar nak komen. Lagipun gambar spyshot ini blur, dan angle tak menarik. Biasanya sesebuah kereta akan nampak cun dari angle 2/3 view dari tepi (eh betul ke term nih?). Anyway, daripada gambar separuh ini aku dah boleh bayangkan saiz kereta. Nampak lebih lebar dan besar dari Persona Enhancement kan?

Photobucket
Ada DRL wehh...nampak tak tuuuu

Nota Tangan, Kaki dan Mulut :
Boleh juga cekidaut entri tentang spyshot ni di blog-blog automotif seperti Paultan, ArenaKereta, Funtastico dan baca komen-komen menarik di sana. Rasanya ada juga komen-komen dari "orang dalam" yang kasi info menarik.

Wednesday, September 21, 2011

Sembang Kereta : PROTON P3-21A - Ilustrasi vs Spyshot

Baru-baru dah leaked ilustrasi penuh model PROTON yang hangat dibincangkan iaitu P3-21A atau lebih dikenali sebagai Persona-R (replacement). Gambar tu muncul ketika AGM PROTON dimana ada juga menunjukkan ilustrasi Exora Turbo yang dikatakan bakal muncul hujung tahun ini. Berbalik pada P3-21A, dikhabarkan akan dilancarkan awal tahun 2012. Model tersebut sedang melalui pelbagai peringkat ujian, terbukti dengan pelbagai "Spyshot" yang ada di internet sejak 1-2 bulan ini.

Apa pun, jom kita buat perbandingan ilustrasi P3-21A dengan spyshot terbaru model tersebut di sebuah stesen minyak Petronas. 

Photobucket


Daripada gambar spyshot, dapat kita agak size kereta tersebut. Ditambah dengan mamat bangla yang berdiri berhampirannya. Nampak lebih tegap dan besar berbanding gambar ilustrasi. Boleh dikatakan sama saiz dengan Honda Civic, Kia Forte, Mitsubishi Lancer/Inspira. Setakat ini hanya gambaran Eksterior saja yang kita boleh nampak. Tak tahu lagi macamana keadaan Interior, ICE, meter panel dan sebagainya. Harap-harap akan ada built-in GPS dan reverse camera. Memang tak sabar nak menantikan model ini tahun depan. Tak lama dah wehh..beberapa bulan saja lagi!!

Apa pendapat korang tentang kereta terbaru ini?


gambar sumber dari carian Google & email

Wednesday, September 22, 2010

Budak-budak Yang Tak Pandai SMS

Previously on Heroes FTN...

Photobucket
nicely done mr. photographer
from left to right (budak lapar, budak confused, budak boredom)


SOURCE : utusan malaysia

Monday, March 22, 2010

Bila Nak Sembur, Semburlah Dengan Ikhlas

Sukan Terbaru : Sembur Berirama
Gambar Dipinjam dari Berita Harian


Macam ini punya posing pun ada ke? Macam sembur berirama je aku tengok. Agaknya kalau sembur begini boleh menghapuskan nyamuk dengan skala yang lebih besar agaknya. Mungkin tak perlu buat fogging lagi lepas ini. Buat formasi 4 sebaris dan sembur sesuka hati.

Ini entri mengisi masa lapang. Haha

Monday, February 22, 2010

Anugerah Stalker Terhebat Jatuh Kepada...

Maaf, entri kali ini lebih gambar dari tulisan. Tapi aku tertarik dengan beberapa siri gambar yang aku peroleh dari email hari ini. Siapa boleh beri nama brader stalker nih? aku nak cari sejarah dia. Ape motif dia melakukan aktiviti yang menakutkan dan seram ini. Berapa rekod peribadi dia dan bermacam-macam lagi info yang nak aku ketahui. Kalau boleh aku pun nak tahu kalau-kalau dia ada blog. Mungkin dia ada tips untuk tingkatkan trafik dan sebagainya.

Ini memang hebat. Stalker yang hebat. Stalker kamera wartawan kut? Atau dia ada issue dengan wartawan terbabit? GAY? Itu yang menjadi misteri.. Lihat sajalah gambar-gambar berikut sebagai bukti..believe it or not?



















kat sini pun dia ada daa..cuba carik kalau power


SOURCE : mailbox aku

Related Posts with Thumbnails