Showing posts with label Persona Replacement. Show all posts
Showing posts with label Persona Replacement. Show all posts

Thursday, November 17, 2011

Model Terbaru PROTON Leaked Spyshot! Inikah P3-21A?

Mula-mula PROTON kasi tunjuk concept car mereka di KLIMS 2010. Dari situ peminat automotif tempatan dah mula menunjukkan minat kepada model terbaru yang dikatakan "pengganti Persona" yang bakal muncul awal 2012. Blog-blog mula membincangkan tentangnya. Gambar spyshot bertubi-tubi keluar web. Jumpa saja di atas jalan...SNAP, send to blog. Zasss bersepah komen-komen. Tak kira yang baik dan banyak juga yang memberikan kata-kata negatif. Ada peminat PROTON, ada basher PROTON.

Kemudian ada statement mengatakan model terbaharu itu sebenarnya bukanlah "Pengganti Persona", sebaliknya ia dikelaskan di antara model Persona Elegance sekarang & Proton Inspira. Sejak itu, tersebar code projek itu iaitu P3-21A. P3-21A merupakan model terkini (complete new model) daripada PROTON yang bakal menjadi produk global pertama syarikat itu. Seperti yang dikatakan oleh Managing Directornya sebelum ini, P3-21A akan menjadi model pertama yang dieksport ke pasaran Eropah. Jadi model ini akan direka dan dilengkapi dengan ciri-ciri global dan bersesuaian untuk bersaing di pasaran yang lebih luas.

Dikhabarkan model ini akan muncul suku pertama tahun hadapan. Bermakna tinggal beberapa bulan saja lagi. Tapi sementara itu, kita imbas kembali imej-imej dan spyshot kereta ini :




+ + + + + + +

Dan ini paling terkini. Sejak 1-2 hari ini sudah tersebar sekeping gambar "pukul curi" model P3-21A. Kali ini tanpa sebarang tampalan, dan jelas kelihatan seperti sebuah kereta yang hampir lengkap atau "production car". Gambar ini telah menjadi perbualan hangat di merata-rata blog automotif lain dan responnya amatlah luarbiasa. Nampaknya model ini dah mengembalikan "hype" dan excitement seperti waktu Proton Exora dulu. 

Dari info-info yang saya kutip dari blog-blog lain, warna kuning itu bukanlah warna final, kerana ia bertujuan untuk dihantar ke ujian crash test. Biasanya kereta-kereta yang dihantar ke ujian crash test di cat dengan warna kuning. Ya, ramai buat lawak mengatakan Myvi SE warna Kuning sebab crash test dijalankan oleh para pembeli <-- #LAMEJOKE (Lamborghini pun kaler Kuning lah weh!)

Apa pun, tengok jelah Spyshot yang tengah hangat di pasaran ini, dan bandingkan dengan gambar-gambar sebelum ini. Teringin juga nak baca komen-komen korang tentang kereta ini. Bagi aku, selagi tak tengok secara overall, aku sukar nak komen. Lagipun gambar spyshot ini blur, dan angle tak menarik. Biasanya sesebuah kereta akan nampak cun dari angle 2/3 view dari tepi (eh betul ke term nih?). Anyway, daripada gambar separuh ini aku dah boleh bayangkan saiz kereta. Nampak lebih lebar dan besar dari Persona Enhancement kan?

Photobucket
Ada DRL wehh...nampak tak tuuuu

Nota Tangan, Kaki dan Mulut :
Boleh juga cekidaut entri tentang spyshot ni di blog-blog automotif seperti Paultan, ArenaKereta, Funtastico dan baca komen-komen menarik di sana. Rasanya ada juga komen-komen dari "orang dalam" yang kasi info menarik.

Monday, June 20, 2011

Myvi 2011 Sudah, Lepas Ini Tunggu Persona-R pula

Photobucket
spyshot Persona-R (sumber dari carian google)

Bagi peminat automotif (local scene), model-model baru dari PROTON dan PERODUA memang menjadi bualan hangat. Walaupun dari segi komen di blog-blog online banyak yang negatif mengenai industri automotif di Malaysia, namun saya yakin semangat menyokong produk tempatan tetap ada. (Harap-harap begitulah).

Jadi baru-baru ini, PERODUA sudah pun melancarkan model terbaru Myvi sebagai kesinambungan daripada kejayaan model sebelumnya. Tak perlu nak membanding itu dan ini, kerana in the end ia bergantung kepada minat dan duit poket masing-masing. Lepas Myvi dah launched, tumpuan kembali kepada PROTON yang dikatakan bakal melancarkan model sedan terbaru Persona-R (replacement) awal tahun 2012. Tak lama dah pun.

Details model baru ini masih samar-samar, kecuali perkabaran mengatakan model ini bakal menggunakan enjin Campro Turbocharged 1.6. Tapi ini bukanlah model pertama yang akan menggunakan enjin baru tersebut sebab ia akan diperkenalkan ke pasaran melalui model EXORA Facelift tak lama lagi.

Looking foward to more spyshots and exciting news on the local scene. Kudos to PROTON and PERODUA.

Thursday, December 2, 2010

Bayangan PROTON Persona Replacement Model 2012?

Ini gambar hangat kereta konsep dari PROTON yang baru muncul di Paultan.org. Of course semua gambar ini kredit kepada Paultan sendiri. Bukan aku punya yer. Sebab aku belum menjejakkan kaki ke KLIMS

Apapun, aku pinjam 2 keping gambar ini dahulu. Seperti yang ramai tahu, PROTON bakal mengeluarkan kereta Persona replacement dalam tahun 2012. Kereta berkonsep global car itu akan juga dilengkapi dengan enjin CAMPRO Turbo. Mungkinkah kereta konsep sedan yang dipamerkan ini merupakan design Persona Replacement 2012?



Photobucket 
Looking sharp, Forte + Honda maybe? Nice LED placement

I see some Subaru Legacy B4 rear end cues

Apapun aku personally teruja dan tak sabar nak menjejakkan kaki ke KLIMS 2010. Harap-harap dapat tengok kereta-kereta gempak di sana. Oh ada Bumblebee dan kereta Batman begins juga!


//PROTON kali ini mendominasi ruang pameran KLIMS 2010 dengan booth terbesar. Sebanyak 20 kenderaan dibawa oleh PROTON kali ini termasuk kereta konsep dan LOTUS.

Related Posts with Thumbnails