Showing posts with label Schedule. Show all posts
Showing posts with label Schedule. Show all posts

Friday, June 25, 2010

Christiano Ronaldo Lega Kaka Kena Red Card

Malam ini berlansung lagi perlawanan peringkat kumpulan di mana ia akan memastikan kesemua 16 pasukan yang layak ke pusingan ke-2. Perlawanan tumpuan haruslah diantara Brazil vs Portugal. Brazil menang dua perlawanan pertama, manakala Portugal dengan hensem sekali menewaskan North Korea 7-0. Opss, aku masih setia dengan Germany. Lagipun, lawan dengan North Korea yang pakai jersey ntah berjenama apa pun aku tak tahu. Hahaha.

Ok sebelum cerita lebih panjang, ni aku senaraikan perlawanan malam ini :

North Korea vs Cote d'Ivore | Aku predict Cote d'Ivore menang 2-1
Brazil vs Portugal | Aku predict seri 2-2
Chile vs Spain | Aku predict seri juga 2-2, mungkin advantage pada Spain
Switzerland vs Honduras | Aku predict Switzerland menang 2-0

Perlawanan tumpuan sudah pasti Brazil vs Portugal. Tapi malam ini tak pasti bagaimana kedua pasukan nak turunkan kesebelasan utama mereka. Nak save the heroes untuk next round? Kaka sudah pasti tidak beraksi kerana red card. Itu yang sedikit menggembirakan Christiano Ronaldo. Bukan main dia gelak. Dah boleh jadi backup singer untuk Shakira dah.

Aku teringin nak tengok Portugal menang. Sebab syok tengok Portugal main lawan North Korea. Tapi itulah dia, bila lawan Brazil mesti lain jadinya. Harap-harap lebih best daripada Japan vs Denmark semalam. Malangnya aku seperti biasa tak dapat nak nonton. Sebab malam ini bukan Subkidin jadi referee kut. Haruslah RTM tak nak tayang kan? Takpe, eloklah juga. Boleh aku siapkan album-album wedding yang tak siap-siap lagi tu.

Seronok betul Ronaldo, gelak besau yer! Nampak segala gigi
(original pic from fifa.com)



Malang buat korang, tak dapatlah tonton aksi
seksi Kaka ini malam nanti
(original pic from fifa.com)

+ + + + + + +


Jangan lupa undi ye! register sekejap je

Thursday, June 3, 2010

World Cup 2010 South Africa - Download Jadual Perlawanan Untuk Rujukan!


FIFA World Cup 2010 di Afrika Selatan bakal tiba tidak lama lagi. Demam Piala Dunia sudah pun terasa. Banyak rancangan TV yang berkaitan dengan bola sepak mula ditayangkan. Kalau yang ada ASTRO tu banyak perlawanan pemanan badan boleh ditonton. Ada juga replay perlawanan pilihan Piala Dunia sebelum ini. Kepada fanatik bola sepak, sudah pasti membeli anak patung comel maskot temasya untuk anak-anak. Kononnya nak menanam minat bola sepak sejak kecil. Haha

Sempena dengan temasya Piala Dunia yang bakal berlansung tak lama lagi, dapatkan jadual penuh temasya Piala Dunia 2010 dalam format Microsoft EXCEL. Isi saja terus update secara otomatik! Senang nak follow perkembangan pasukan kegemaran korang. Dengan adanya jadual ini, bolehlah korang simpan dalam PC, manalah tau ada yang kena OT ke, kerja shif malam ke, boleh la update jadual bila bosan. Sesuai untuk semua peringkat umur!

Tapi jangan lupa, sepanjang temasya nanti kita sudah ada perjanjian tau!

go go Germany! Tak sabar nak tengok mereka beraksi

Download Schedule World Cup (versi excel) - credit to original owner/creator

SOURCE : mailbox aku

+ + + + + + + + + +

p/s : Sedang mencari masa yang sesuai untuk renovate blog FTN ini. Memang sibuk, dicampur dengan letih bekerja dan sebagainya. Oh betapa singkatnya perjalananan masa satu hari..

Dah cuba FormSpring FTN? Malu bertanya sesat dalam blog!

Related Posts with Thumbnails