Showing posts with label Ribery. Show all posts
Showing posts with label Ribery. Show all posts

Friday, June 18, 2010

World Cup 2010 : France Tewas, Ribery naik Angin!

Ribery dah bengang tu weh!

Bekas Juara Dunia 1998 dan Euro 2000, France tewas kepada Mexico dalam perlawanan kedua kumpulan A malam tadi. Nampaknya France kena bersiap sedia secara mental dan fizikal untuk pulang awal kerana hanya mengutip 1 mata dari dua perlawanan. Uruguay dan Mexico sudah mengutip 4 mata. France perlu berharap Uruguay atau Mexico tewas, dan menjaringkan banyak gol ketika menentang South Africa nanti untuk mencerahkan peluang ke pusingan kalah mati.

Apakah ini badi yang menimpa France kerana layak ke World Cup akibat gol tangan Henry dengan Ireland dulu? Mungkin bomoh-bomoh di Ireland yang jampi barangkali? Atau mungkin Ribery terganggu dengan kes skandal dengan pelacur Zahia Dehar?

Malam ini Germany akan turun lawan Serbia jam 7pm! Tapi RTM yang poyo tak mau tayang perlawanan. Tunjuk siaran lansung tapi game yang tak best. Dah tau pegi tunjuk ulangan game semalam waktu ada game live. Macam pagi tadi, France vs Mexico pegi kasi siaran tertunda, tapi tunjuk ulangan Brazil waktu sepatutnya live. WTF?? Nasib baik aku tak support France. Blah la RTM, sorakan piala dunia konon. Balik-balik tunjuk drama yang tak best. Harap iklan World Cup je lebih. Pengulas pun kabut! Next time bagi jelah Media Prima tayang. Tak pun share lah sikit. At least diorang boleh segregate kepada channel TV3, NTV7, 8TV, TV9. Tengok online streaming lah jawabnya. Sampai highlights pun TV lain tak ada! Semua RTM punya hal! Peh, bikin panas pagi-pagi.

Thursday, April 8, 2010

Kenikmatan Terasa Di Pagi Khamis, Belum Di Sebelah Malamnya (Psst Psst Spray Mulut)

Manchester United vs Bayern Munich

Kinky tak? Bukan apa, terasa gembira di hati ini. Kerana menyambut berita yang gembira di pagi hari. Ewah macam lagu raya pula. Nampaknya dengan ini maka tiadalah saingan dari pasukan EPL dalam UEFA Champions League kali ini. Sudah pasti akan tertumpu kepada Bayern Munich dan Barcelona yang main macam dikawal PS3 itu. Messi pasti menjadi sebutan lagi.

Robben Goal
Gembiranya Robben, dia "robbed" semuanya dari Man U


Alex Ferguson
kesian..balik main winning eleven je lah


p/s : Terima Kasih Robben!

Gambar dipinjam dari soccernet.com

Related Posts with Thumbnails