Showing posts with label France vs Mexico. Show all posts
Showing posts with label France vs Mexico. Show all posts

Friday, June 18, 2010

World Cup 2010 : France Tewas, Ribery naik Angin!

Ribery dah bengang tu weh!

Bekas Juara Dunia 1998 dan Euro 2000, France tewas kepada Mexico dalam perlawanan kedua kumpulan A malam tadi. Nampaknya France kena bersiap sedia secara mental dan fizikal untuk pulang awal kerana hanya mengutip 1 mata dari dua perlawanan. Uruguay dan Mexico sudah mengutip 4 mata. France perlu berharap Uruguay atau Mexico tewas, dan menjaringkan banyak gol ketika menentang South Africa nanti untuk mencerahkan peluang ke pusingan kalah mati.

Apakah ini badi yang menimpa France kerana layak ke World Cup akibat gol tangan Henry dengan Ireland dulu? Mungkin bomoh-bomoh di Ireland yang jampi barangkali? Atau mungkin Ribery terganggu dengan kes skandal dengan pelacur Zahia Dehar?

Malam ini Germany akan turun lawan Serbia jam 7pm! Tapi RTM yang poyo tak mau tayang perlawanan. Tunjuk siaran lansung tapi game yang tak best. Dah tau pegi tunjuk ulangan game semalam waktu ada game live. Macam pagi tadi, France vs Mexico pegi kasi siaran tertunda, tapi tunjuk ulangan Brazil waktu sepatutnya live. WTF?? Nasib baik aku tak support France. Blah la RTM, sorakan piala dunia konon. Balik-balik tunjuk drama yang tak best. Harap iklan World Cup je lebih. Pengulas pun kabut! Next time bagi jelah Media Prima tayang. Tak pun share lah sikit. At least diorang boleh segregate kepada channel TV3, NTV7, 8TV, TV9. Tengok online streaming lah jawabnya. Sampai highlights pun TV lain tak ada! Semua RTM punya hal! Peh, bikin panas pagi-pagi.

Thursday, June 17, 2010

World Cup 2010 : Argentina vs South Korea

Kedua-dua pasukan mengatasi lawan masing-masing di perlawanan pertama. South Korea nampak gah ketika menentang Greece. Gerakan pantas dan semangat tinggi para pemain mereka adalah antara kekuatan pasukan South Korea. Argentina pula hanya sekadar menang tipis ke atas Nigeria tempoh hari. Walaupun serangan bertubi-tubi dan menguasai perlawanan, semuanya gagal menembusi gawang Nigeria.

Malam ini, Argentina akan berdepan cabaran dari Asia iaitu South Korea. Messi pasti jadi tumpuan lagi. Pemain sensasi itu masih menanti gol pertamanya dalam World Cup. Bagi South Korea, apakah mereka mampu menahan asakan, dan mencabar kredibiliti pasukan benua Amerika Selatan itu? Pastinya ini perlawanan tumpuan malam ini!


FTN predict : Argentina menang tipis [2-1]

+ + + + + + +

Bagi perlawanan ini, aku jangka Nigeria akan menang mengatasi Greece. Nigeria telah menunjukkan permainan yang bagus ketika menentang Argentina. Dengan penjaga gol Vincent Enyeama yang dalam prestasi terbaiknya, tidak mudah bagi Greece menjaringkan gol. Aku cuma berharap Obefami Martins bermula sebagai kesebelasan utama. Kelajuan dan stamina Martins boleh kucar kacirkan Greece, dan rembatan jarak jauhnya memang terkenal ketika bermain di EPL dulu. Aku pilih Nigeria untuk menang perlawanan ini.



FTN predict : Nigeria menang [2-0]

+ + + + + + +

Agak sukar nak menentukan siapa boleh menang perlawanan ini. Mexico nampak hebat dengan kelincahan Dos Santos dan Carlos Vela. France hilang taring ketika seri tanpa jaringan dengan Uruguay. Harap-harap sesuatu perubahan drastik berlaku malam ini, dan terdapat jaringan gol dari kedua-dua pasukan.



FTN predict : France tewaskan Mexico [2-1]

Related Posts with Thumbnails