Showing posts with label UEFA Champions League. Show all posts
Showing posts with label UEFA Champions League. Show all posts

Sunday, May 23, 2010

UEFA Champions League 09/10 Final Highlights | Inter Milan the Champions!

Highlights UEFA Champions League Final

UEFA Champions League milik Inter Milan
pic from google.com

Aduh, apa ni Bayern Munich? Macamana boleh kalah pada Inter Milan? Apa pun, tahniah kepada pasukan Inter Milan kerana berjaya menjadi treble winners tahun ini. Seria A Champions, Coppa Italia Cup dan paling terbaru UEFA Champions League Cup.

Hebat Jose Mourinho. Berjaya membuat transformasi yang melampau di dalam pasukan Inter Milan. Dalam perlawanan akhir UEFA Champions League, Diego Milito menghasilkan dua jaringan menarik pada minit ke 35' dan 70' untuk menewaskan Bayern Munich. Sememangnya Milito sangat menyerlah dalam kempen UEFA Champions League musim ini. Ini bakal menggembirakan peminat pasukan Argentina nampaknya. Kerana pemain-pemain mereka sedang perform dengan baik.

Mesti jadi hot stuff, banyak club akan kejar dia

Jadi, dengan tamatnya kempen UEFA Champions League 09/10, maka dapatlah semua orang fokus dengan tenang dan menanti ketibaan temasya terhebat iaitu FIFA World Cup 2010 di Afrika Selatan. Pastinya pasukan Germany akan membuat kejutan tahun ini.. Hehe

p/s : Jangan lupa persiapan rohani dan jasmani menjelang World Cup!



SOURCE : youtube.com , google.com

Dah cuba FormSpring FTN? Malu bertanya sesat dalam blog!

Thursday, April 8, 2010

Kenikmatan Terasa Di Pagi Khamis, Belum Di Sebelah Malamnya (Psst Psst Spray Mulut)

Manchester United vs Bayern Munich

Kinky tak? Bukan apa, terasa gembira di hati ini. Kerana menyambut berita yang gembira di pagi hari. Ewah macam lagu raya pula. Nampaknya dengan ini maka tiadalah saingan dari pasukan EPL dalam UEFA Champions League kali ini. Sudah pasti akan tertumpu kepada Bayern Munich dan Barcelona yang main macam dikawal PS3 itu. Messi pasti menjadi sebutan lagi.

Robben Goal
Gembiranya Robben, dia "robbed" semuanya dari Man U


Alex Ferguson
kesian..balik main winning eleven je lah


p/s : Terima Kasih Robben!

Gambar dipinjam dari soccernet.com

Wednesday, March 10, 2010

Maaf Aku Kelewatan, Tapi Aku Tetap Mahu Sampaikan Berita Yang Ceria Ini



Ya, gelakkan aku kerana lambat. Sebabnya ramai sudah pun tahu keputusannya. Al-maklumlah, semuanya ada ASTRO, siap ada ASTRO Beyond lagi Hehehe.. Tu belum kira TV LCD pelbagai. Ala-ala stadium dah rumah dia. Tapi takpe, aku tetap dengan pendirian mahu berkongsi kisah yang sangat orgasmik. Apa lagi kalau bukan keputusan perlawanan UEFA Champions League yang berlansung malam tadi. Apa-apa team yang selain team ini, akan disokong sebulat suara oleh aku. Sorry ye cikgu! HAHA. Tapi yang kali ini special case. Aku memang peminat Gunners. Tambah-tambah bila nampak 5-0, sudah tentu aku bahagia. Sampai jari-jemari aku gatal nak menaip, dan menceritakan pada semua..walaupun semua yang dah ada astro itu sudah tahu kisah. Hahaha, aku tak peduli.

Apapun, aku sudah menyaksikan highlights, dan ternyata aku kagum dengan kehebatan mereka-mereka ini menggodam bola, eh menggelecek..aa lebih kurang macam tu. Tengok Arshavin dan Nasri, bukan main menggeletek mereka di atas padang. Defender diperkotak-katik, macam main bola petang-petang je.


Tengok lah tu, bukan main lagi Bendtner, belum apa-apa lagi dah score minit ke-9. Tamak haloba betul, siap sapu 3 gol. Nak jadi hero la tu. Sebab dia yakin, surat khabar akan tulis "HATRICK HERO". Sebab tu dia beria-ia nak ambil sepakan penalti. Hari tu bukan main lagi miss chance banyak. Tapi takpe, terima kasih Bendtner. Terubat juga ketiadaan Fabulous Fabregas.



Ini lagi satu. Budak Samir Nasri ni. Nama macam ketua darjah aku kat Taiping dulu. Gol dia sangat macho. Suka hati dia bawak bola macam dia punya. Kalau budak-budak main petang dah cakap "Woi Bolot!". Tapi nasib baik dia score gol lepas tu. Kalau tak tentu Bendtner sound.

Akhir kata, job well done lah Arsenal!

Walaupun aku takde ASTRO, aku tetap sapot mu.

p/s: images from Google

Related Posts with Thumbnails