Showing posts with label Mercun Meletup. Show all posts
Showing posts with label Mercun Meletup. Show all posts

Wednesday, August 24, 2011

Mercun Bola, Mercun Kebanggaan Kita

Al-kisah spesis mercun paling femes menjelang raya. Mercun bola, atau nama scientificnya, Balls of Fury. Sejak berkurun lamanya, mercun ini menghantui surat2 khabar di Malaysia. Mesti dapat coverage time-time nak raya ni. Hari-hari lain memang tak pandang..

Mercun bola ni level denjeres dia taklah tinggi sangat. Tapi acaner plak boleh ramai menjadi mangsa kepadanya? Aaa ini nak cecite cecita sikit ini. Nak main mercun kenalah berhati-hati. Dah bertahun dok kasi amaran, tapi masih ada yang putus jari, putus teloq, putus harapan, putus cinta, dan macam-macam putus lagi.

Photobucket
Aaa cani la rupanyer mercun bola. Ada yang memang bentuk cam bola sepak.


Photobucket
Since banyak kes tangan meletop, adalah tidak digalakkan bakor cenggini


Photobucket
Amik la jarak selamat 2m dari mercun bola ketika nak bakor nak bakor


Photobucket
Hasilnya, tiada lagi berita sedih menjelang tayangan perdana Karipap-karipap cinta


Jadi kengkawan sekalian, berhati-hatilah main mercun. Hape yang baguih sangat main mercun tu? Korang komplen kerajaan membazir duit buat itu ini, tapi yang kome dok bakor duit tiap kali hari raya tu apa kes? Tak ke membaziaq namanya tu. Mercun skang bukan muroh cam dedulu kala, berpuloh hengget tahuuu?

Sekian
Mercun Bola, Mercun Kebanggaan Kita

Tuesday, August 24, 2010

Baby, It's Time For Mercun

Photobucket
Gambar hiasan (sumber Kosmo)

Sorry babies, it's time for us to make the headlines. Sekarang sudah tiba masa penampilan peserta-peserta Juara Mercun untuk menghiasi dada akhbar. Dan aku jangkakan isu buang bayi akan reda sekejap. Surat khabar pun macam blog juga, keyword sekarang sudah tukar jadi mercun. Semua berpusu-pusu nak laporkan tentang program realiti terbaru "Juara Mercun". Trafik, trafik! Haha

Kejadian yang berlaku di Terengganu baru-baru ini memang kelakar. Dah baca artikel di Kosmo hari ini? Khairul Ariff Ayub dilaporkan maut akibat letupan mercun yang dibuat oleh bapanya sendiri. Sukar nak faham tindakan sesetengah orang. Dah tak ada cara lain nak bonding dengan family? Cuba baca petikan laporan akhbar tersebut :
"Mercun-mercun yang dibuat sendiri itu mahu diletupkan pada malam raya nanti. Mereka mengharapkan letupan itu boleh didengari sehingga beberapa kilometer," kata penduduk itu.
Untuk apa?

p/s : Yang buang bayi pun Melayu, yang main mercun pun Melayu. Majulah sangat!

Related Posts with Thumbnails