Showing posts with label Shidee. Show all posts
Showing posts with label Shidee. Show all posts

Monday, February 22, 2010

Apa Masalahnya korang ni hah??

konflik perkahwinan Shidee
(gambar ihsan Harian Metro)


Mula-mula berita berkenaan penyanyi Shidee yang akhirnya berkahwin dengan seorang anak dara berusia 22 tahun, Siti Fairunnisa. Ramai yang mengaitkat lagu popular nyanyian Shidee bertajuk "Sayang Semuanya Sudah Terlambat" dalam tulisan berita. Belum terlambat lagi rupanya bagi Shidee untuk bertemu jodohnya.

Tapi lepas tu, mak mertua pulak keluar surat khabar, sambil pegang laporan polis yang dibuat terhadap menantunya itu. Malah sambil mengakui yang Shidee pernah ada hubungan istimewa dengan dia. Tak cukup dengan itu, Shidee juga dikatakan tidak mampu menyara hidup anaknya.

Apa masalahnya mereka ni?? Kenapa semua ini timbul selepas mereka bernikah? Ada unsur-unsur sabotaj ke? Takkan mak sendiri nak sabotaj perkahwinan anaknya? Cemburu anaknya kahwin artis?

Kesimpulannya, dunia artis di Malaysia ni memang haru-biru, terutamanya yang melibatkan kisah perkahwinan. Ada saja yang tak kena; kahwin tak sah lah, kahwin tak dapat restu lah, kahwin berhutang lah..dan macam-macam lagi.

Berubah lah.

Related Posts with Thumbnails