Wednesday, December 5, 2012

AFF Suzuki Cup 2012 : Nak Kejar Deadline FAM, Johor FA Pancing Safee Sali

MSL2013 nampaknya semakin sarat dengan berita sensasi. Kejap-kejap Johor..kejap-kejap Kelantan. Perak cool je. Melaka toksah cerita. Malam tadi, ribut tak ada, taufan Sandy pun dah tak ada..Keluar berita tentang isu perpindahan Safee Sali. Dan pasukan yang terlibat, tak lain tak bukan...Johor FA.

Mari kita tengok profil Safee dulu,

Photobucket
memang mantap profil Super Sali. suka mendengar radio rupanya

Ramai yang mempersoalkan kenapa FAM benarkan pemain-pemain kebangsaan diganggu dengan isu perpindahan ini tatkala tournament AFF Suzuki sedang berlansung? Memang nampak macam pasukan-pasukan ni semua desperate, tetapi sebenarnya bangang yang anda lontarkan patut dituju kepada FAM. Transfer window (ewah macam BPL) untuk MSL akan berakhir pada 6hb Disember. Tinggal 2 hari je (ketika berlakunya isu Safee ni). Dateline itu yang menyebabkan team-team desperate nak sign player especially yang last minit deal ni.

Sepatutnya FAM ni, extend la dateline since tarikh tu overlap dengan AFF Suzuki. FAM ni tak tengok BPL ka? Macamana transfer ni akan berlarutan sehingga ke jam terakhir dateline. Kalau nak ikutkan sebelum 12malam nanti pun kalau tetiba Sultan lain nak bid aku pun masih sempat. Jadi dalam hal ni, mula-mula nak blame Johor, tetapi bila kita check balik ketetapan FAM tu, kiranya memang patut pun Johor agresif dan bertindak pergi ke wisma FAM terus untuk mengikat Safee. (mesti rombongan naik lambo kan?)

Photobucket
Safee sah ke Johor FA on loan setahun dari Arema Jaya

Satu lagi kena ingat, Safee Sali nak selamatkan karier dia. Liga Indonesia nampaknya semakin tenat. Baru-baru ni ada player import di liga mereka meninggal dunia akibat jangkitan virus. Lebih parah bila ada cerita dia tak dibayar gaji sudah 4 bulan, dan gagal mendapatkan rawatan lebih awal akibat masalah kewangan.

Apa pun, kepada Safee..untunglah, sebab boleh pergi Legoland selalu.

1 feedbacks:

udez said...

"Perak cool je."
hihi..:)

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails