1. Taktikal yang kurang sengat
Perlawanan di tempat lawan ternyata sukar apatah lagi advantage berada di tangan Thailand selepas mendapat gol di tempat lawan. Dengan ketiadaan pemain utama seperti Wan Zack, Shakir Shaari dan Gary Robbart, kawasan tengah Harimau Malaya nampak pincang. Nampak kosong..kosong..owh. Sekali lagi Safiq Rahim dan Amar Rohidan gagal memain peranan mengawal kawasan midfield. Bila midfield kantoi, lone striker Mat Yo tak dapat nak buat apa-apa. Sampaikan striker sendiri perlu turun ke midfield untuk mencuri bola. Safee pula dimasukkan agak lewat setelah ketinggalan jaringan Terasik. Strategi bertahan tak relevan semalam, kerana Harimau Malaya sepatutnya mencari gol awal. Kalau bertahan sampai 0-0 sekalipun, Thailand tetap mara.
Apa yang Rajagobal harus buat? (itu pun kalau dia masih jurulatih)
Rombak seluruh skuad Harimau Malaya kecuali Penjaga gol, Mahali Jasulli, Wan Zack, Shakir Shaari & Mat Yo. Harimau Malaya perlu mencari kembali keserasian. Team sekarang seolah tak padu, bertaburan. Kapten perlu lebih matang, bukan cepat buat muka nak nangis bila ref buat keputusan tak betul.
Tengok prestasi pasukan-pasukan dalam Liga Super musim baru nanti. Pilih pemain yang on-form. Bukan kroni atau sedara mara. Kunanlan aku tengok dah macam Gervinho, lari tak tentu hala tapi bola sangkut sebelum kotak penalti. Takde penyudah, takde hantaran menarik.
Overall, mengikut corak persembahan semalam..secara taktikal Harimau Malaya memang patut kalah. Nasib baik Farizal perform dengan cemerlang dan elak gawang dirobek teruk oleh Terasik & co. Harap-harap prestasi Farizal berterusan bila main dengan team Yob nanti. Ada chance jadi juara Liga Super nanti. Eheh.
2. Referee Sawan Babi
Keputusan pengadil dari Korea Selatan, Lee Min-hu semalam memang mengundang kontroversi. Memang rosak game bola bila ada spesis pengadil macam ni. Belajar dari Howard Webb barangkali. Kad Kuning dilayangkan kepada pemain Malaysia pada foul yang pertama. Tiada warning, terus kad. Tetapi beberapa foul yang dilakukan pemain Thailand lansung dibiarkan, dan tidak diberi kad. Di sini nampak moral pemain Harimau Malaya jatuh. Kurang matang tetapi inilah kesan daripada pengadilan yang teruk. Pemain nampak tak tenang, Safiq Rahim pun banyak sangat mempersoalkan pengadil. Mungkin sebab tu angin dia datang.
Tapi aku tetap syak, referee sudah termakan Tom Yam kangkang dari Thailand. Sebab tu macam berat sebelah sikit keputusan dia malam tadi.
3. Keadaan Padang Kelas ketiga
Seburuk-buruk padang Stadium Bukit Jalil, buruk nak mampus lagi padang kat Stadium Supachalasai. Ntah macamana Thailand ni boleh ranking atas kita. Fasiliti bola sepak pun teruk. Malaysia patut lebih maju daripada pasukan-pasukan ASEAN ini kalau dilihat dari segi kemajuan fasiliti dan bola sepak adalah sukan no 1 di negara ini.
Apapun, nasi sudah menjadi bubur. Nak salahkan perlawanan kedua pun tak boleh 100%. Kita sepatutnya menggunakan kelebihan di tempat sendiri Ahad lepas untuk mendapat jaringan gol yang banyak. FAM walaupun kita sedia maklum pilih bulu dan banyak kroni, harus dirombak jugak. Aku dah bosan tengok muka Sultan Bola. Kalau nak kasi Sultan sangat, kasilah yang muda-muda sikit. At least yang masih mampu main bola dan faham situasi bola sepak kat negara ini.
Sekian, kita banned tom yam selama seminggu.
0 feedbacks:
Post a Comment
Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan