pic credit to anakulucheka.com |
Hanya empat jam selepas penganjur, Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) memohon maaf berhubung insiden Harimau Malaya menjalani latihan di padang umpama bendang di Jaran Buraprat, petang kelmarin, skuad kebangsaan sekali lagi 'dipermainkan' pada sesi latihan terakhir, malam tadi.Gitulah petikan laporan akhbar Berita Harian mengenai persiapan Harimau Malaya untuk berdepan Thailand pada separuh akhir leg-2 malam ini. Nampaknya jelas disitu pasukan lawan di Asia Tenggara ini semuanya tidak professional dan gerun dengan kehebatan Harimau Malaya. Thailand nampak begitu desperate dan tertekan kerana berusaha melemahkan semangat Harimau Malaya dengan tindakan-tindakan seperti itu.
Pada mulanya, Harimau Malaya yang bakal berdepan Thailand untuk aksi separuh akhir kedua Piala Suzuki AFF, malam ini dijanjikan sesi latihan rasmi selama sejam di Stadium Supachalasai, malam tadi tetapi ia tidak menjadi kenyataan.
Sudah sudah, cukup sudah. Nampaknya FAM kena bertindak. Tak boleh nak layan sangat team lawan elok-elok. Lepas ni tak payah escort polis bagai. Penginapan pun campak je kat domitori budak-budak asrama. Training kat padang sekolah je. Nampak tak macamana teruknya layanan diorang? Salin baju tepi padang macam budak-budak turun P.J.K kat sekolah je.
Singapura menanti di pentas Final. Kalau Harimau Malaya nak revenge, kita perlu menang ke atas Thailand. Kita perlu score dengan Thailand. Kita perlu kekang gol daripada dibolosi Thailand. Thailand manusia biasa, sama seperti semua pemain Harimau Malaya. Apa yang membezakan nanti ialah semangat, dedikasi, teamwork dan skill ketika di atas padang.
Apapun, kata-kata keramat Ong Kim Swee ni perlu ditanam dalam hati player Harimau Malaya.
“They don't respect you, they don't respect our flag, they don't respect our King and they don't respect your parents. If you allow this to happen, then you are cowards. You must teach them what being Malaysian is all about.”
Selamanyaaaa Harimau Malayaaa!!
Mahali + Wan Zack + Safee > Aku mengharapkan magis dari mereka malam ini.
0 feedbacks:
Post a Comment
Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan