Tuesday, August 30, 2011
Thursday, August 25, 2011
Sedara-sedara kita kat Barclay's Premier League
Arsenal
Marouane Chamakh, Abou Diaby, Bacary Sagna, Armand Traoré
Chelsea
Nicolas Anelka
Aston Villa
Habib Beye
Everton
Marouane Fellaini
Newcastle
Hatem Ben Arfa, Cheick Tioté
Manchester City
Edin Dzeko, Kolo Touré, Yaya Touré, Samir Nasri
Queen's Park Rangers
Adel Taarabt
Sunderland
Ahmed Elmohamady
Tottenham
Younes Kaboul
West Bromwich
Youssuf Mulumbu West Bromwich
Wigan
Ali Al Habsi, Mohamed Diame
Hasbullah Awang Tentu Payah Nak Sebut
Wojciech Szczęsny
voy-chekh sh-chens-nə;
voiii-cek-sh-chens-neiiiiiiiiiiiiiii
voiii-cek-sh-chens-neiiiiiiiiiiiiiii
Wednesday, August 24, 2011
Mercun Bola, Mercun Kebanggaan Kita
Al-kisah spesis mercun paling femes menjelang raya. Mercun bola, atau nama scientificnya, Balls of Fury. Sejak berkurun lamanya, mercun ini menghantui surat2 khabar di Malaysia. Mesti dapat coverage time-time nak raya ni. Hari-hari lain memang tak pandang..
Mercun bola ni level denjeres dia taklah tinggi sangat. Tapi acaner plak boleh ramai menjadi mangsa kepadanya? Aaa ini nak cecite cecita sikit ini. Nak main mercun kenalah berhati-hati. Dah bertahun dok kasi amaran, tapi masih ada yang putus jari, putus teloq, putus harapan, putus cinta, dan macam-macam putus lagi.
Aaa cani la rupanyer mercun bola. Ada yang memang bentuk cam bola sepak.
Since banyak kes tangan meletop, adalah tidak digalakkan bakor cenggini
Amik la jarak selamat 2m dari mercun bola ketika nak bakor nak bakor
Hasilnya, tiada lagi berita sedih menjelang tayangan perdana Karipap-karipap cinta
Jadi kengkawan sekalian, berhati-hatilah main mercun. Hape yang baguih sangat main mercun tu? Korang komplen kerajaan membazir duit buat itu ini, tapi yang kome dok bakor duit tiap kali hari raya tu apa kes? Tak ke membaziaq namanya tu. Mercun skang bukan muroh cam dedulu kala, berpuloh hengget tahuuu?
Sekian
Mercun Bola, Mercun Kebanggaan Kita
Maka..
maka..
Samir Nasri nak beraya di Manchester. Zakat jangan lupa bayaq tau
maka..
tinggal 2 hari lagi nak kerja sebelum pulang beraya
maka..
mood dah ke laut, masing-masing makan gaji buta je..(ish ish ish..tak baik tau)
maka..
kalau nak ke sabah, janganlah naik basikal.
maka..
gitu lah gamaknya
Contoh Kejahatan di Bulan Ramadhan..
..iaitu seperti membawa Galaxy Tab 10.1 yang baru dibeli dengan harga RM999, skrin masih lagi dengan plastik yang belum dibuka ke ofis di siang hari dengan tujuan menambahkan sengsara di hati insan-insan lain. Maka dengan ini aku labelkan perbuatan itu sebagai satu kejahatan di bulan ramadhan.
Sekian terima kasih. Adoi lalat, maafkan saya.
Tuesday, August 23, 2011
Tolong Jangan Cari Fasal Di Bulan Yang Mulia Ini
Kehadapan awak yang berkenaan,
Kiteww nak beri amaran, kepada pemilik-pemilik Samsung Galaxy Tab 10.1, tolong jangan bawak gajet canggih-manggih awak tu ke ofis dan tunjuk kat kiteww. Ini dah kira main kasar ni. Mentang-mentang dapat beli dengan harga RM999 jer. Pastu plastik cover pun tak bukak lagi. Hadoihh..
Kiteww hate u Samsung. Tak pasal-pasal hati kiteww gundah gulana melihatkan kehebatan gajet mu itu. Jauh lebih hebat dari iped2 buatan buah apple. Nipis, ringan, dan macam-macam lagi lah..Dah lah esok nak dapat gaji, tak baik tau mainkan jiwa dan perasaan kiteww.
Yang benar,
Kiteww-kiteww jer
Shah Alam.
Monday, August 22, 2011
Hardcore, Softcore
Kanak-kanak sekalian,
Hardcore : Teras yang Keras
Softcore : Teras yang Lembut
Sekian. Terima kasih
Friday, August 19, 2011
Tuesday, August 16, 2011
Thursday, August 11, 2011
Kain Pelikat Juadah Berbuka
Ginilah gaya kalau dah kena bertugas di oversea waktu bulan puasa. Lainlah kalau study di obersea. Itu sudah lain pengalamannya, mereka memang dah stabil kehidupan di negara tempat diorang belajar tu, toksah mengada ok.
Ini satu contoh situasi ketika nak berbuka. Nampak macam hape je kan? Tapi nikmatnya tak terhingga beb. Meh aku senaraikan bahan-bahan untuk mereka yang sibuk nak amik tau. Yang sebelah atas tu kain pelikat, itu pun nak kena ajar ke? Okokok next;
Dari kiri : Nasi segera cap apa ntah, kurma seplastik, rendang dalam tupperware, ayam masak merah brahim dalam tuppeware biru, seeweed (yang kaler gold tu), sambal ikan bilis, acar buah (tapi aku tak makan), air jus oren, air cafe latte yang tin biru tu, air peach yang kaler pink, dan buah-buahan pilihan hati. Fuih konyang beb. Nasi tak payah tambah pun..satu pek tu dah cukup konyang sampai waktu bersahur.
Bak kata boboiboy, "Terbaekkk"
Friday, August 5, 2011
Mari Belajar Peribahasa Baru
"Alim-alim Facebook"
Maksudnya : Orang yang nampak alim dengan meletakkan status hadis dan terjemahan Al-Quran padahal dia sendiri tidak faham maksud dan intipatinya
Renung-renungkan, dan selamat beramal~
Thursday, August 4, 2011
Lord Of Ramadan
Tiap kali dalam bulan Ramadan, aku pasti cari lagu ini kat youtube. Nyanyian group CoTu (Companions of True Unity). Walaupun aku tak berapa faham sebab dia campur bahasa Turki, Arab & English..tapi lagu tu best. Dah bertahun-tahun aku dengar sejak di Jepun dulu. Susah nak cari lirik lagu ni, tapi ada satu tempat ni boleh jumpa. Enjoy great music sambil memikirkan tentang kebesaran dan kemuliaan bulan Ramadhan al-Mubarak ini. Selamat berpuasa semua!