Pembinaan menara baru sedang giat dilakukan
Dua menara baru sedang dibina sebagai tambahan kepada Masjidil Haram di Mekah sebagai sebahagian daripada projek pembesaran tempat ibadat tersebut. Pembinaan pagar baru yang dinamakan "King Abdullah Gate" juga sedang giat dijalankan. Dengan penambahan dua menara baru, jumlah keseluruhan menjadi 11 menara di Masjidil Haram kelak. Setakat ini sudah 25% kerja pembesaran kawasan selesai. Projek tersebut dimulakan oleh Raja Abdullah Abdul Aziz pada Januari 2008. Apabila siap nanti, ia mampu menampung penambahan jemaah seramai 500,000 orang. Ini membolehkan Masjidil Haram menampung kira-kira 1.2juta jemaah pada satu-satu masa. Keluasan kawasan baru itu merangkumi 370,000 meter persegi di kawasan utara Masjidil Haram. Menurut sumber, salah satu daripada 2 menara baru itu bakal siap menjelang Ramadhan nanti.
sumber berita asal : Gulf News
+ + + + + + +
Tahun ni beberapa kenalan dah berpeluang menziarahi tanah suci Mekah untuk ibadat Umrah. Seronok tengok diorang satu family dengan anak kecil dapat ke sana. Aku pun jadi excited, insyaAllah bila anak aku dah besar sikit, berazam nak ke sana. Elok pergi waktu muda-muda ni..sementara masih bertenaga. Moga-moga tercapai lah impian aku. Amin.
0 feedbacks:
Post a Comment
Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan