Semalam setelah bertahun lamanya, aku menjejakkan kaki ke Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyaksikan friendly match antara Malaysia vs Arsenal. Itu pun dapat tiket percuma, apa lagi dapatlah menyaksikan live team Harimau Malaya dan Arsenal.
Perlawanan agak berat sebelah, tetapi Malaysia sekali sekala ada mempamerkan pergerakan yang cantik, hampir semua melibatkan S. Kunalan. Larian dia memang pantas, ada gaya Theo Walcott. Aku perati defence yang marking S. Kunalan pun nampak penat mengejar. Cuma kelebihan saiz badan pertahan Arsenal yang menyukarkan S. Kunalan untuk terus mara ke arah gawang gol.
Gol-gol Arsenal dijaringkan oleh Aaron Ramsey pada minit ke-5 menerusi sepakan penalti. Theo Walcott minit ke-36, Carlos Vela pada minit ke-57 sebelum Tomas Rosicky menanduk gol keempat pada minit terakhir perlawanan.
Overall, permainan menarik especially lepas 4 pemain utama; Van Persie, Nasri, Sagna dan Arshavin dimasukkan pada minit ke-75. Malaysia mampu memberi asakan, tetapi corak permainan berubah selepas Amirul Hadi dikeluarkan dan Aidil Zafuan mengalami kecederaan.
Apa pun, harap Harimau Malaya dapat memperbaiki strategi selepas perlawanan semalam untuk menentang Liverpool pula Sabtu ini. Mungkin corak passing long-ball agak sukar bila bertemu lawan yang mempunyai pemain tinggi lampai seperti Arsenal. Hopefully dapat tengok improvement pada perlawanan dengan Liverpool dan Chelsea tak lama lagi.
Ini ada sikit gambar yang sempat aku ambil semalam.
+ + + + + +
Sessi panas badan sebelum match |
Arshavin tengah warm-up sambil tengok screen |
Carlos Vela sedang mengasak gawang gol Malaysia |
0 feedbacks:
Post a Comment
Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan