Friday, July 22, 2011

Misi #HarimauMalaya Menakluk Stadium Jalan Besar

Photobucket

+ + + + + + +

Piala Dunia 2014 bukanlah satu misi mustahil. Kalau team bolasepak Wanita Jepun boleh menjulang Piala Dunia dengan menewaskan pasukan-pasukan hebat dari Eropah, maka kita pun sepatutnya tidak mengalah dalam usaha menuju Piala Dunia 2014. Tapi sebelum itu, satu persatu halangan kenalah kita tempuhi. Skuad Harimau Malaya berlepas ke Republik Singapura untuk berdepan saingan pasukan Singapura dalam pusingan kelayakan Zon Asia Piala Dunia 2014.

Sebelum ini kita dah lihat kebangkitan Harimau Malaya dalam Sukan Sea dan Piala AFF Suzuki 2010. Kita juga dah melihat prestasi mereka dalam beberapa siri Friendly Matches sebelum ini. Bentuk fizikal yang kecil bukan halangan. Ini dah dibuktikan oleh pasukan wanita Jepun baru-baru ini. Mereka boleh menewaskan gergasi bola sepak seperti Germany, Sweden dan USA yang jauh mempunyai kelebihan dari segi fizikal para pemain. Apa yang penting, semangat juang yang tinggi.

Semoga Harimau Malaya dapat memberi berita gembira buat seluruh rakyat Malaysia esok. Dan kalau berkesempatan, beramai-ramailah ke Stadium Bukit Jalil nanti macam semalam (Malaysia vs Chelsea) untuk perlawanan timbal balik minggu depan. Kasi gerun sama team Singapura.

Steady Harimau Malaya. MALAYSIA BOLEH!

Jangan salah faham ok. Aku ambil contoh kejayaan pasukan wanita Jepun dalam World Cup sebab berita itu masih fresh. Bukan nak membanding-banding dengan pasukan kita. Tolong fikir rasional okay? Jangan melalut sebarangan.

0 feedbacks:

Post a Comment

Sila komen dengan bernas dan pandangan korang amatlah dialu-alukan

Related Posts with Thumbnails